Musim peperiksaan kian terasa.. Buat anak-anak didik tentu sedang sibuk mengulangkaji pelajaran tak kiralah apa jua caranya. Motivasi telah diberi, nasihat pun dah banyak kali. Sekarang ni sedang cuba sedaya upaya menggunakan segala teknik yang ada untuk mendapat kejayaan. Pada pandangan cikgu.. apa yang kamu buat, pasti akan dapat. Jika baik dan betul, maka bahagialah.. Jika masih dibuai mimpi.. alamat mimpi jugalah dapatnya..
Buat rakan guru, tentunya pada ketika ini sedang sibuk menguruskan kerja kursus murid-murid. Mengejar murid-murid yang belum siapkan lagi tugasan yang wajib. Nak bagi kosong rasa kasihan dan tak sampai hati, maka terpaksalah memujuk anak murid agar menyiapkan kerja kursus..
Tak selesai dengan kerja kursus saja, silibus juga perlu dihadiskan segera.. Ulangkaji perlu dibuat sepanjang masa. Kelas tambahan pun tak lama lagi nak mula. Pada ketika ini, ada juga yang buat keputusan untuk menghabiskan isi pelajaran dengan teori saja. Sedangkan semua guru KHB maklum, tugasan mengajar KHB bukan teori sahaja, malah perlu juga latihan amalinya.. Ini hanyalah pendapat saya, selalunya saya menghabiskan satu pelajaran dengan teori dan amali secara berturutan.. Hasilnya, saya dapati, murid lebih memahami isi pelajaran berbanding teori sahaja.
Saya sering sampai ke sekolah pada pukul 7.20 (lewat kerana menghantar anak ke tadika) dan biasanya terus membuka bengkel. Suatu hari, saya datang lebih awal dari waktu tersebut. Kelas pertama bermula pukul 7.35 pagi. Murid-murid nampak saya membuka bengkel awal, mereka terus datang ke bengkel untuk memulakan amali jahitan walaupun loceng sekolah belum lagi dibunyikan. Sebenarnya, saya berasa amat bangga kerana saya tahu, murid-murid ini berminat dengan amali jahitan sedangkan mereka pun tahu, waktu pepbelajaran belum lagi bermula..
Secara kesimpulannya, pada pendapat saya, aktiviti amali perlulah dilaksanakan kerana ia bukan saja menyeronokkan, malah ingatan murid juga lebih baik dibandingkan jika disuruh membaca nota sahaja. Janganlah terlalu mengejarkan untuk menghabiskan silibus sahaja dan memaksa murid menjawab soalan sepanjang masa.. tentu itu sangat membosankan! Yang mana lebih baik.. guru dan murid sama-sama tentukan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
May 09, 2011
May 06, 2011
Masa Akan Menjadi Singkat..
Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Rasululllah s.a.w bersabda ;
" Tidak akan menjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat , maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api."
Keterangan ;
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Itu yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah salah satu petanda hampirnya kiamat.
Buat anak-anak ku.. semoga sedikit ingatan ini dapat membimbingmu ke arah jalan yang Benar. Jalan yang mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
Doa Ibumu Sepanjang Hayat...Semoga kalian di Rahmati-Nya..
6 Mei 2011

H.R Tirmizi

Waktu yang panjang terasa singkat,
Amal ibadat belum dibuat,
Bulan berlalu hari dan saat,
Tanda dunia hampir kiamat.
Kenapa kita selalu lalai,
Waktu dibuang tidak dipakai,
Masalah umat berbagai-bagai,
Tanggungan kita belum selesai.
Doa Ibumu Sepanjang Hayat...Semoga kalian di Rahmati-Nya..
6 Mei 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)