TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

July 27, 2011

Koakademik 2011 (Sesi Petang)

Teknik Menjawab Soalan Objektif

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 


1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
  • Baca kesemua pilihan jawapan.
  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA. Jawab soalan yang mudah  dahulu. Soalan bergambar biasanya soalan yang mudah



2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.
  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.
  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.
  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.
  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.

July 16, 2011

LATIHAN INTERAKTIF UNTUK PMR 2011.

Entri ini ditujukan khas buat Cikgu Siti Maimon serta semua guru dan kaki tangan dari SMK Jengka 2. Semoga lawatan pada 16 Julai 2011, di SMK Telok Datok sentiasa menjadi kenang-kenangan. Terima kasih kerana sudi menziarahi sekolah kami... Saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak sempat mengiringi kepulangan cikgu kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan...

Di sini saya ada menyediakan beberapa bahan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Namun begitu,  bahan ini akan tamat tempoh dalam beberapa hari sahaja kerana perisian Hot Potatoes ini perlu dibeli dan link yang saya berikan ini hanya sebagai "demo" sahaja. Tetapi, cikgu boleh menyimpan semua bahan ini dengan cara :

1. Klik pada "File"
2. "Save Page As"
Bahan ini boleh terus digunakan tanpa perlu capaian internet.

LATIHAN INTERAKTIF UNTUK PMR 2011.

SILA KLIK PADA LINK LATIHAN DI BAWAH:



UNTUK MURID-MURID TINGKATAN 3 ... CUBA JAWAB SOALAN INI DI RUMAH SUPAYA PENCAPAIAN SEMASA UJIAN DI KELAS NANTI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA!

SEMOGA BERJAYA !

July 11, 2011

Apa nak buat...

Petang-petang sebelum masak, best jugak bila melayan blog ni.. segala perkara ingin dicoretkan supaya jadi kenang-kenangan...

Hari ni pergi membuat pemantauan PBS bagi mata pelajaran KHB-ERT di SMK Tanjung Sepat. Seronok juga pg ke sana , melayan radio, tengok laut... baru sampai sekolah.. Pemantauan PBS dilaksanakan dengan baik sekali. Bila dapat pergi ke sekolah orang lain ni, kelebihannya dapat tengok suasana sekolah orang lain, keadaan bengkel dan mungkin boleh ditiru jika ia sesuatu yang baik.. Kesimpulannya, buat pemantauan di sekolah lain memang best.//

Disebabkan pemantauan berjalan dengan lancar, hati pun rasa senang sikit, jadi pergilah ke sekolah sendiri sekejap.. Ingatkan nak balik terus, tapi rasa macam ada perkara nak dibuat.. Kesian pulak tengok anak-anak murid ramai-ramai duduk kat tangga sambil memegang kertas latihan yang saya berikan pagi tadi...

Rupa-rupaya budak-budak ni disuruh  keluar dari kelas...entah nak pergi k emana.. Sebenarnya, bila waktu kemahiran hidup, memang ada dua cikgu dalam satu masa.. Jika salah seorang cikgu tiada, maka cikgu yang satu lagi tu sepatutnya mengawal keseluruhan kelas. Ataupun salah satu cara, guru boleh pergi ke bengkel yang kosong dan mengajar di situ..  

Entahlah... disebabkan rasa tak sampai hati pada murid tersebut, saya pun masuk ke bengkel membawa murid tersebut. Bayangkanlah jika saya tidak ke sekolah pada waktu itu, ke mana agaknya murid-murid saya ni merayau!

:(

MPV akan dimansuh????

Post ni saya copy dari blog : Kemahiran Hidup Bersepadu
Saya jadikan ia sebagai koleksi dalam blog ini untuk di kongsi bersama-sama.


Mata pelajaran vokasional dimansuh mulai tahun depan

Posted on June 27, 2011, Monday

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, semalam.
Katanya berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
Beliau berkata kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini. — Bernama

July 08, 2011

Mari Ulangkaji : e-Test for KHB

Diharapkan bahan ini dapat di "save" dengan segera kerana ia akan tamat tempoh dan tidak lagi boleh digunakan selepas tarikh ini.. 23 JULAI 2011.

Caranya :
1. Klil "File"
2. klik " Save Page As"..

KLIK PADA LINK INI : E-TEST FOR KHB

dan Bahan e-Test for KHB ni boleh terus digunakan tanpa perlu ada internet.

SELAMAT MENCUBA!   BELAJAR DAN MENGAJAR ADA BANYAK CARANYA...
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...