TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

February 22, 2012

Aktiviti Dalam Kelas Rekacipta 2012

 
 
 

Aktiviti pembelajaran di dalam kelas 3B/2012

**********************

catatan cikgu norliza:

Yang saya suka bila datang sekolah.....
jumpa rakan-rakan sekerja... 
masuk kelas... 
mengajar... 
membuat aktiviti... 
isi rekod mengajar....
buat refleksi.....
buat penambahbaikan setiap kali.... 
makan di kantin...
Tapi, kalaulah itu saja yang kita kena buat.
Macam mana kerja-kerja lain? Kelas tambahan.. 
aktiviti kelab....
aktiviti peringkat daerah...
 peringkat sekolah...
isi stok..isi LO... 
kemaskini fail...
mesyuarat sekolah....  
daerah dan macam-macam lagi lah (malas nak tulis) . 
Penatnya jadi cikgu ni.. Tapi saya suka.

Yang saya tak suka bila datang sekolah...
bila ada yang susah nak beri kerjasama... 
bila ada yang suka mengelak tugas.... 
bila ada yang sambil lewa.. 
bila ada yang tidak bersungguh-sungguh... 
bila ada yang suka beri banyak alasan... 
bila ada yang suka beri cadangan aje (tapi tak reti nak buat)... 
bila ada yang kata dia sibuk sangat mengalahkan menteri  ...
bila ada yang suka menyalahkan saya bila apa2 yang buruk terjadi...
bila ada yang perli-perli saya...yang ni memang sesangat saya tak suka... 

Bukannya saya ni baik sangat... Cuma berharap "orang-orang ni" ... cepatlah dapat HIDAYAH!

:( mOOD TAk BaiK..
- rasa lega sedikit bila dah luahkan kat blog ni.


February 16, 2012

Kursus J-Quiz untuk guru KHB-ERT Daerah Kuala Langat

Pada 18.2.2012 (Sabtu) telah diadakan perkongsian ilmu (Kursus membina bahan P-P mudah dan berkesan menggunakan perisian hot potatoes -JQuiz) di kalangan guru-guru KHB-ERT yang berminat untuk menambahkan pengetahuan berkaitan membina Bahan Bantu Belajar Berteknologi.

Program ini diadakan di Makmal Komputer SMK Telok Datok dan dihadiri oleh 12 orang peserta.

Guru yang hadir akan membina bahan P-P seperti JQuiz
Klik contoh latihan topikal di atas blog ini (warna merah)

***********************


Pengenalan

E-Latihan merupakan bahan bantu belajar yang disediakan bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah penyoalan dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, ia juga sesuai digunakan sebagai ujian topikal yang perlu dilaksanakan setiap kali selesai tajuk pembelajaran.

E-latihan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (KHB-ERT) di bina khas untuk murid KHB-ERT untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran ini.

Bahan ini sesuai digunakan untuk Kaedah Pembelajaran Masteri, iaitu murid menjalani latihan berulang kali sehingga mencapai sasaran yang dikehendaki sebelum bertukar kepada tajuk-tajuk yang baru. Dalam E-Latihan ini, murid dikehendaki mencapai sasaran 90% setiap kali ujian sebelum berpindah ke tajuk yang baru. Ia juga sesuai dalam program klinikal Program Akademik Terbilang Selangor (PATS).


**************************

Gambar menunjukkan bahan yang diberikan kepada setiap peserta yang hadir 
Isi kandungannya
(i) e-latihan topikal khb-ert t3
(ii) perisisan hot potatoes
(iii) password..untuk membuat jquiz
norlizajais - SBJB-RLJU-PWUU

untuk download hot potatoes : http://hotpot.uvic.ca/#downloads



 e-Latihan yang telah siap..mengandungi semua topik
tingkatan 3 khb-ert. 

 Puan Nurun Naemah binti Habibollah yang banyak membantu..

 Pendaftaran peserta

******************************

 Gambar-gambar di bawah menunjukkan perjalanan program yang dilaksanakan
 oleh guru-guru KHB-ERT daerah Kuala Langat








*****************************

Semoga perkongsian ilmu ini dapat digunakan oleh guru-guru di daerah ini..


Catatan cikgu norliza ;

Pada mulanya aktiviti ini dicadangkan pada 11.2.2012, tetapi PPD Kuala Langat minta ditangguhkan pada 18.2.2012, dan alhamdulillah ianya telahpun dapat dilaksanakan.
Saya ingin kongsikan sebuah kisah....
Pada awal pagi lagi, saya berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan perjalanan saya pada hari ini...
Pada pukul 8.00pagi, pendaftaran dan 8.40 pagi program dimulakan walaupun belum semua guru hadir.
Hanya 10 orang guru yang hadir. Saya pun meneruskan aktiviti..
Dalam program JQuiz, kita kena masukkan user n key untuk menjana lebih dari 3 soalan.
Tetapi, saya tersalah catat user n key menyebabkan saya rasa panik (sangat panik).. macam mana ni ye..(dalam hati saya). Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi..Jika tiada user n key, maknanya kursus ni terpaksa dibatalkan. Dan, tentu cikgu yang hadir akan rasa kecewa.
Nurun Naemah mengajak rakan-rakan makan sarapan dulu.. sementara saya cari-cari idea apa-apa yang patut.
Alhamdulillah.. datang lagi 2 peserta. Sebenarnya cikgu ni pernah hadir ke kursus JCross yang lalu, dan dia saja yang memiliki perisian hot potatoes lama yang saya beri pada waktu itu.
Rupa-rupanya saya tersalah tulis user n key untuk kursus JQuiz kali ini. Dan cikgu nilah penyelamat saya pada hari ini.
Semua masalah saya telah selesai. (saya dah catat user n key dalan entri kali ni)

Sebenarnya perjalanan saya pada hari ini Allah telah tentukannya. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Semoga Allah selalu permudahkan segala urusan saya di dunia dan di akhirat..

Terima Kasih Ya Allah!..



:)

February 05, 2012

REKACIPTA : LAKARAN IDEA

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 
Murid-murid Tingkatan 3 dibekalkan dengan bahan-bahan seperti berikut :

1. Kayu beralur - 10 x 54 x 450 - 2  batang

2. Kayu -  10 x 20 x 450 - 1 batang
3. Papan lapis -  2 x 210 x 150 - 1 keping (1/2 A4)
4. Mounting Board 2 x 150 x 150 - 1 keping
5. Perspect 2 x 110 x 150 - 1 keping


(Untuk Mendapatkan bekalan set seperti ini, sila hubungi 012-3227288)


Murid dikehendaki membuat 3 lakaran idea berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dibuat.

Merujuk lakaran yang dilukis, sepatutnya pada projek sebenar  mounting board diganti dengan perspek..
*Jika projek ini dipilih, pastikan pada lakaran ditulis mounting board..

Bandingkan lakaran dan projek sebenar : terdapat pembahagi di bahagian atas laci. Oleh itu, pada lakaran perlu dilukis lakaran yang sama untuk mendapat gred A.

Lakaran dan projek adalah sama. Jika murid dapat membina projek dan lakaran yang sama.. Pasti dapat "A".

Salah satu lakaran akan dipilih dan dibina dengan betul.


:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...