February 16, 2012

Kursus J-Quiz untuk guru KHB-ERT Daerah Kuala Langat

Pada 18.2.2012 (Sabtu) telah diadakan perkongsian ilmu (Kursus membina bahan P-P mudah dan berkesan menggunakan perisian hot potatoes -JQuiz) di kalangan guru-guru KHB-ERT yang berminat untuk menambahkan pengetahuan berkaitan membina Bahan Bantu Belajar Berteknologi.

Program ini diadakan di Makmal Komputer SMK Telok Datok dan dihadiri oleh 12 orang peserta.

Guru yang hadir akan membina bahan P-P seperti JQuiz
Klik contoh latihan topikal di atas blog ini (warna merah)

***********************


Pengenalan

E-Latihan merupakan bahan bantu belajar yang disediakan bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah penyoalan dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, ia juga sesuai digunakan sebagai ujian topikal yang perlu dilaksanakan setiap kali selesai tajuk pembelajaran.

E-latihan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (KHB-ERT) di bina khas untuk murid KHB-ERT untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran ini.

Bahan ini sesuai digunakan untuk Kaedah Pembelajaran Masteri, iaitu murid menjalani latihan berulang kali sehingga mencapai sasaran yang dikehendaki sebelum bertukar kepada tajuk-tajuk yang baru. Dalam E-Latihan ini, murid dikehendaki mencapai sasaran 90% setiap kali ujian sebelum berpindah ke tajuk yang baru. Ia juga sesuai dalam program klinikal Program Akademik Terbilang Selangor (PATS).


**************************

Gambar menunjukkan bahan yang diberikan kepada setiap peserta yang hadir 
Isi kandungannya
(i) e-latihan topikal khb-ert t3
(ii) perisisan hot potatoes
(iii) password..untuk membuat jquiz
norlizajais - SBJB-RLJU-PWUU

untuk download hot potatoes : http://hotpot.uvic.ca/#downloads



 e-Latihan yang telah siap..mengandungi semua topik
tingkatan 3 khb-ert. 

 Puan Nurun Naemah binti Habibollah yang banyak membantu..

 Pendaftaran peserta

******************************

 Gambar-gambar di bawah menunjukkan perjalanan program yang dilaksanakan
 oleh guru-guru KHB-ERT daerah Kuala Langat








*****************************

Semoga perkongsian ilmu ini dapat digunakan oleh guru-guru di daerah ini..


Catatan cikgu norliza ;

Pada mulanya aktiviti ini dicadangkan pada 11.2.2012, tetapi PPD Kuala Langat minta ditangguhkan pada 18.2.2012, dan alhamdulillah ianya telahpun dapat dilaksanakan.
Saya ingin kongsikan sebuah kisah....
Pada awal pagi lagi, saya berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan perjalanan saya pada hari ini...
Pada pukul 8.00pagi, pendaftaran dan 8.40 pagi program dimulakan walaupun belum semua guru hadir.
Hanya 10 orang guru yang hadir. Saya pun meneruskan aktiviti..
Dalam program JQuiz, kita kena masukkan user n key untuk menjana lebih dari 3 soalan.
Tetapi, saya tersalah catat user n key menyebabkan saya rasa panik (sangat panik).. macam mana ni ye..(dalam hati saya). Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi..Jika tiada user n key, maknanya kursus ni terpaksa dibatalkan. Dan, tentu cikgu yang hadir akan rasa kecewa.
Nurun Naemah mengajak rakan-rakan makan sarapan dulu.. sementara saya cari-cari idea apa-apa yang patut.
Alhamdulillah.. datang lagi 2 peserta. Sebenarnya cikgu ni pernah hadir ke kursus JCross yang lalu, dan dia saja yang memiliki perisian hot potatoes lama yang saya beri pada waktu itu.
Rupa-rupanya saya tersalah tulis user n key untuk kursus JQuiz kali ini. Dan cikgu nilah penyelamat saya pada hari ini.
Semua masalah saya telah selesai. (saya dah catat user n key dalan entri kali ni)

Sebenarnya perjalanan saya pada hari ini Allah telah tentukannya. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Semoga Allah selalu permudahkan segala urusan saya di dunia dan di akhirat..

Terima Kasih Ya Allah!..



:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...