TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

November 23, 2013

GALERI CIKGU NORLIZA..

Assalamualaikum.


Agak sukar juga hendak mengubahsuai header blog ini setelah 3 tahun dengan stail yang sama. Anak yang kecil pun sudah meningkat remaja. Oleh itu, hari ini saya ubah header dengan tujuan hendak mendidik diri sendiri khasnya dan juga pengunjung blog ini amnya.. Sama-sama kita hayatinya.

*********

sumber : http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/12/hidup-untuk-mati.html

Hayati falsafah kematian. Apakah ia?

(1)-Manusia akan diadili oleh Allah.
Dengan itu, kita tidak akan menzalimi orang lain. Bahkan, kita juga akan banyak bersabar jika kita dizalimi, kerana kita tahu, satu hari kita akan mendapat keadilan.

(2)-Manusia mati tidak membawa harta dan keluarga.
Yang akan kita bawa bertemu Allah ialah amal soleh. Kerana itulah, kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan ketaatan, kerana kita tahu bahawa inilah asset kita kelak.

(3)-Ajal itu tidak diketahui bila akan terjadi.
Maka, kita akan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kita. Bahkan, kita juga tidak akan menjadi suka bertanggug-tangguh.

Dan inilah juga yang Rasulallah sabdakan dalam hadis riwayat Tabrani- "Orang yang mengingati maut akan dimuliakan Allah dengan tiga perkara iaitu (1)-segera bertaubat, (2)-merasa qana'ah dan (3)-menjadi bersungguh-sungguh dalam beribadat.

Kesimpulan.
Memperingati maut itu sangat penting. Kerana itu, Rasulallah apabila melihat para sahabat Baginda lalai sedikit, Baginda akan datang mengetuk pintu rumah mereka sebanyak tiga kali dan menyeru, "Apakah tidak sampai peringatan kepada kalian tentang kematian?"- hadis riwayat Baihaqi.

Sedarlah, kita mati hanya sekali. Kerana itu, pilihlah cara kematian yang terbaik.

Dan ingatlah juga bahawa kematian sedang mengintai kita dari jarak yang dekat tanpa kita sedari. Siapa tahu?



"Live as a muslim or die as a muslim? I prefer both!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...