TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 30, 2015

Kaji selidik kunjungan blog dari 20.10.2014 hingga 30.12.2015

Alhamdulillah..


Kesimpulannya :

1. Soal selidik yang dijalankan selama setahun ini telah mendapat 835 undian.

2. Lebih 50% guru @ murid yang mengunjungi blog ini memang suka menimba ilmu pengetahuan dan tidak mensia-siakan kemudahan teknologi yang ada.

3. Hanya 6% mengunjungi blog ini untuk suka-suka.


Kajian 20.10.2014 sehingga 30.12.2015

Terima kasih kepada semua yang sudi menjawab soal selidik dari blog ini.


December 29, 2015

Mesyuarat kurikulum 1 / Tahun 2016

Hari ini menghadiri mesyuarat kurikulum bil 1 untuk tahun 2016. Tahun ini, pihak sekolah telah menyediakan fail rekod mengajar yang sangat cantik. :) Bersemangat rasanya..


Fail rekod mengajar berwajah baru

December 28, 2015

Mesyuarat Guru bil 1 Tahun 2016

Alhamdulillah, telah sekian lama bercuti, hari ini 28.12.2015 telah menghadiri mesyuarat guru bilangan 1 bagi tahun 2016. Esok hingga khamis, mesyuarat kurikulum, HEM dan kokurikulum.

sijil dari pengetua
Manual pengurusan sekolah dan senarai tugas didalammya..



 

December 18, 2015

Takwim 2016

Sumber : channel rasmi SMKTD

December 14, 2015

Majlis Pengumuman PT3 2015

Alhamdulillah.. keputusan yang membanggakan.
Petikan akhbar sinar harian 15.12.2015
Murid tingkatan 3 meraikan kejayaan
ibubapa yang turut hadir
persediaan guru-guru tingkatan
bersama murid yang disayangi
perbincangan dengan penyelaras sebelum majlis penyampaian sijil

December 02, 2015

TAKWIM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2016

Perancangan bagi Tahun 2016. (Bidang Teknik dan Vokasional) Klik Pop Out untuk preview.

November 30, 2015

REKACIPTA : KOTAK SERBAGUNA (STEP BY STEP)

Keratan akhbar 5.1.16


KLIK POP OUT UNTUK DOWNLOAD

REKACIPTA : PENGENALPASTIAN MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

PENGENALPASTIAN MASALAH :

Masalah yang dihadapi ialah meja yang berselerak dengan alatan menulis serta buku nota. Selain kelihatan tidak kemas, alatan menulis juga selalu hilang dan proses pembelajaran juga turut terganggu. 

Oleh itu, saya memerlukan sebuah  rekacipta yang dapat mengatasi masalah ini.









CONTOH PENYELESAIAN MASALAH :

(Dihasilkan oleh murid tingkatan 3 tahun 2014)







:)

November 25, 2015

Pembelajaran Abad ke 21 dan perlaksanaannya

Assalamualaikum wbt. dan Selamat sejahtera.

24.11.2015 telah menghadiri mesyuarat pengurusan pentadbiran terakhir untuk tahun 2015. Tugas terkini dalam senarai ialah setiausaha bagi Jawatankuasa Pembelajaran Abad ke21. Apa yang saya perlu lakukan ialah memastikan dasar kerajaan ini diterima dan dilaksanakan di sekolah saya.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Pertama, guru-guru perlu diperkenalkan terlebih dahulu dengan kaedah terbaru ini. Caranya melalui carian sendiri melalui google, pembacaan dan penyelidikan, pembugaran berperingkat di sekolah dan yang penting mestilah ada pemantauan. Guru-guru perlu celik ilmu tentang pembelajaran dan pengajaran masa kini, supaya terdorong untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif.

Kedua, murid-murid juga perlu didedahkan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara maju menjelang 2020 melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Murid perlu menunjukkan kecenderungan minat dan faham tentang tujuan kaedah ini dilaksanakan.

Ketiga, alat pembelajaran yang unik seperti penggunaan peta pemikiran i-think, VLE-Frog dan modul pembelajaran yang terbaik untuk memudahkan perlaksanaan. Segala kelengkapan mestilah lengkap dan cukup untuk tujuan ini.

Walaubagaimanapun, teori dan perlaksannannya bukanlah sesuatu yang mudah. Kerjasama antara warga dalam organisasi amat penting untuk menjayakannya.

gambar-gambar dibawah adalah sumber dari carian google : https://www.google.com/search?hl=ms&authuser=0&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1138&bih=526&q=pembelajaran+abad+21&oq=pembelajaran+abad+&gs_l=img.1.0.0l2j0i24l6.18884.23102.0.25642.18.12.0.6.6.0.94.996.12.12.0....0...1ac.1.64.img..0.18.1025.fJSNeBxU-EA

 
 




November 05, 2015

Misi tercapai... sasaran 1 000 000 pengunjung pada tahun 2015

Alhamdulillah,

Apalah yang ada pada nombor, yang penting pengisiannya dan manfaat ilmu pada orang lain.

Sekian. terima kasih.

October 25, 2015

SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) - GMP dan GKMP

  • Merujuk Fail Meja - Guru Mata Pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran
  • Banyak tugas yang wajib dilakukan, ini belum ditambah dengan tugas-tugas dalam bidang yang lain.. Sekadar rujukan bagi yang ingin merujuk.



SASARAN KERJA TAHUNAN 2016

1.       GURU MATA PELAJARAN
1.1.       Menyediakan rancangan pelajaran
1.2.       Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
1.3.       Memeriksa buku latihan pelajar
1.4.       Menggubal soalan peperiksaan
1.5.       Memeriksa skrip jawapan pelajar
1.6.       Memeriksa kerja kursus pelajar
1.7.       Menghantar buku latihan / nota kepada Guru Kanan mata pelajaran / Ketua Panitia.
1.8.       Memastikan keselamatan pelajar semasa di bengkel dan kerja luar bilik darjah.
1.9.       Menggunakan BBM dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
1.10.    Menghadiri kursus yang berkaitan.

2.       GURU KANAN MATA PELAJARAN (KURIKULUM)
2.1.       Memperoleh sukatan terbaru.
2.2.       Mengagihkan sukatan pelajaran kepada Ketua Panitia
2.3.       Memastikan rancangan pengajaran dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
2.4.       Rancangan pengajaran siap dan dilaksanakan dalam P&P.
2.5.       Membuat pemilihan dan penilaian naskhah guru, buku rujukan dan buku kerja pelajar.
2.6.       Memastikan buku tersebut dimanfaatkan.
2.7.       Menyelaraskan penggunaan ABM dalam P&P.
2.8.       Memperoleh pekeliling format baru peperiksaan.
2.9.       Mengagihkan format baru peperiksaan.
2.10.    Mencerap guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan pada awal tahun.
2.11.    Memeriksa buku latihan pelajar.
2.12.    Membuat laporan kepada Penolong Kanan.
2.13.    Menyemak buku rekod mengajar guru.
2.14.    Merekodkan penghantaran buku rekod oleh guru-guru.
2.15.    Menyelaraskan penyediaan soalan peperiksaan dan ujian bulanan.
2.16.    Melaksanakan peperiksaan.
2.17.    Memperoleh markah / keputusan peperiksaan.
2.18.    Menyelaras analisis keputusan peperiksaan dan mendokumentasikannya.
2.19.    Merancang pelan tindakan.
2.20.    Membantu program motivasi kecemerlangan pelajar.
2.21.    Memastikan ketua panitia merekodkan barang-barang (ABM) dalam buku stok dan inventori.
2.22.    Membuat anggaran perbelanjaan tahunan, menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang telah diluluskan dan menyediakan untuk tujuan audit.
2.23.    Menentukan keperluan guru bagi sertiap panitia.
2.24.    Menyemak dan menilai peraturan pekeliling dan manual prosedur kerja dan fail meja dipatuhi.
2.25.    Membantu merancang aktiviti panitia sepanjang tahun.
2.26.    Menyemak fail panitia
2.27.    Menentukan kelompok pelajar untuk program pemulihan dan pengayaan.
2.28.    Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan guru dalam panitia.
2.29.    Merancang kursus perkembangan staf
2.30.    Melaksanakan perkembangan staf
2.31.    Berusaha meningkatkan inovasi dalam penggunaan ABM semasa P&P.
2.32.    Menghasilkan modul P&P yang berkualiti.



October 03, 2015

Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dalam Hrmis (Mulai Tahun 2015)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari Sabtu yang indah, walaupun berjerebu. Alhamdulillah, pengisian maklumat SKT telahpun siap pada 1/10/2015. Syukur kerana telah menyiapkan pengisian data lebih awal sebelum tarikh tutup di sekolah saya iaitu pada 9/10/2015.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa step penting dalam pengisian Penilaian Prestasi iaitu bahagian :
1. Kegiatan / sumbangan di luar tugas rasmi
2. Latihan













:) semoga bermanfaat




September 21, 2015

September 19, 2015

Berehat sebentar di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Selangor

Pada 18.9.2015... saya bersama rakan pentaksir kawasan Puan Suzana di bawa oleh Cik Bibah, ke Pantai Cunang selesai sahaja Taklimat PT3 di PKG Batu Laut. Lokasinya di tepi pantai dalam kawasan perkampungan orang asli daerah ini menyebabkan saya teringin melawat kawasan ini.

Memang cantik dan bersih. Angin yang lembut dan cuaca yang redup memang nyaman sekali untuk berehat selepas bekerja.





























Seronok kat sini.. boleh datang lagi...

Lawatan pendaarasan VLE-Frog di SMK Salak Tinggi, Sepang

Pada 17.9.2015, bertempat di SMK Salak Tinggi, Sepang, kumpulan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains & Matematik sangat beruntung kerana dapat  berkunjung ke sekolah ini untuk melihat kejayaan perlaksanaan VLE oleh guru-guru dan pelajarnya. Memang sangat membanggakan kerana seluruh pentadbir dan guru-gurunya sangat komited dalam perlaksanaan dasar kerajaan ini.

Semoga lawatan ini memberi semangat kepada kami untuk mengikuti jejak kejayaan yang telah dilaksanakan oleh SMK Salak Tinggi ini. Terima kasih kepada pengetua dan semua guru kerana melayani kami dengan mesra sekali.

Sesi bergambar bersama pengetua sebelum pulang
Puan Norma binti Daud (Pengetua)
Puan Marziean binti Mohd Sapian (Guru VLE)

Taklimat sebelum lawatan oleh PPD Kuala Langat

Pemerhatian penggunaan VLE
Guru-guru otai berminat untuk mendalami VLE bersama guru KHB
Melihat sendiri penggunaan VLE dalam kalangan murid KHB-KT Tingkatan 1
Bersama Puan Karimah bt Mukhtar (guru KHB SMK salak Tinggi)

Terima kasih

Lawatan penandaarasan ke SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Pada 17.9.2015, PPD Kuala Langat telah menganjurkan satu lawatan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains dan Matematik ke SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Diketuai oleh Encik Zaki, pegawai di PPD Kuala Langat, kami mengunjungi sekolah ini untuk melihat suasana pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning)
Tepat jam 9.30 pagi, berada di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Ruang legar utama menempatkan skrin TV yang memaparkan profil sekolah dan maklumat-maklumat akademik untuk ditonton oleh murid-murid sekolah ini sebelum memulakan pembelajaran
Skrin besar dalam bilik mesyuarat memaparkan profil sekolah dan info program hari ini
Puan Hajah Omme Kalthom binti Md Sharif (Pengetua), menjelaskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di sekolah harian .
Suasana pusat sumber yang menempatkan keperluan ICT untuk pembelajaran


Suasana sekolah yang sangat bersih, damai dan ceria
Banner perasmian kelas rintis untuk program ini.
Bahan bantu belajar di susun di belakang kelas. Kelihatan kelengkapan ICT diletakkan di sudut ini untuk memudahkan pelajar mencari maklumat semasa sesi pembelajaran
Papan kenyataan yang sangat ceria dan dipenuhi info pembelajaran semasa
Sesi menemuramah murid tingkatan 1.
GKMP Teknik dan Vokasional di daerah ini bersama guru yang mengiringi kami sepanjang program berlangsung

Alhamdulillah, terima kasih tuan rumah yang menjamu kami dengan sarapan pagi setibanya di sini. Lawatan ini dapat menambah ilmu dan pengalaman saya untuk digunakan di sekolah sendiri nanti.

Antara perkara penting yang dipelajari :

1. Pemimpin yang berpengetahuan, bertanggungjawab, bersemangat dan berdedikasi.
2. Kemudahan sedia ada digunakan sebaiknya. Kebanyakan yang ada hasil kerjasama PIBG.
3. Kerjasama padu dari semua guru.

Tahniah SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara... semoga terus cemerlang.. Terima kasih untuk lawatan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...