Assalamualaikum wbt. dan Selamat sejahtera.
24.11.2015 telah menghadiri mesyuarat pengurusan pentadbiran terakhir untuk tahun 2015. Tugas terkini dalam senarai ialah setiausaha bagi Jawatankuasa Pembelajaran Abad ke21. Apa yang saya perlu lakukan ialah memastikan dasar kerajaan ini diterima dan dilaksanakan di sekolah saya.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Pertama, guru-guru perlu diperkenalkan terlebih dahulu dengan kaedah terbaru ini. Caranya melalui carian sendiri melalui google, pembacaan dan penyelidikan, pembugaran berperingkat di sekolah dan yang penting mestilah ada pemantauan. Guru-guru perlu celik ilmu tentang pembelajaran dan pengajaran masa kini, supaya terdorong untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif.
Kedua, murid-murid juga perlu didedahkan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara maju menjelang 2020 melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Murid perlu menunjukkan kecenderungan minat dan faham tentang tujuan kaedah ini dilaksanakan.
Ketiga, alat pembelajaran yang unik seperti penggunaan peta pemikiran i-think, VLE-Frog dan modul pembelajaran yang terbaik untuk memudahkan perlaksanaan. Segala kelengkapan mestilah lengkap dan cukup untuk tujuan ini.
Walaubagaimanapun, teori dan perlaksannannya bukanlah sesuatu yang mudah. Kerjasama antara warga dalam organisasi amat penting untuk menjayakannya.
gambar-gambar dibawah adalah sumber dari carian google : https://www.google.com/search?hl=ms&authuser=0&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1138&bih=526&q=pembelajaran+abad+21&oq=pembelajaran+abad+&gs_l=img.1.0.0l2j0i24l6.18884.23102.0.25642.18.12.0.6.6.0.94.996.12.12.0....0...1ac.1.64.img..0.18.1025.fJSNeBxU-EA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
No comments:
Post a Comment