TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

August 27, 2017

Ulangtahun Kelahiran Saya... 27 Ogos 2017

Alhamdulillah

Sempena ulangtahun kelahiran saya tahun ini, saya gantikan laptop lama yang telah 7 tahun berkhidmat dengan si merah ni.
Semoga panjang usianya.


Kemudian, saya beli juga projektor LCD Epson ni juga.. RM1400
In Syaa Allah akan digunakan untuk mengajar.
Ini hak peribadi tau.. bukan sekolah punya ye.

Yang satu lagi tu, si Panjang Leher nya saya beli juga.
Awal tahun 2016..Bukan hadiah hari jadi, tapi rezeki berlebihan,
Jadi, belilah satu.


Malam 27 Ogos 2017, en suami belanja makan. 
Saya suka kek, iceblended coklat dan potato skin je.


Semua yang saya beli bukan untuk diri saya..Untuk kepuasan mengajar
cikgu lah kata kan...

Oleh itu, bersyukurlah..

Alhamdulillah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...