TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 23, 2009

Tahukah Anda : Mengapa Orang Yang Bijak Tidak Berpeluh?


Adakah anda pernah melihat seseorang berpeluh dengan agak banyak semasa menduduki peperiksaan ? dan adakah anda melihat seseorang yang tersangat ‘cool’ semasa menduduki exam ? adakah ini juga terjadi kepada anda ? Mungkin sedikit fakta yang akan diberikan memberi sedikit input kepada anda yang pernah mengalami atau melihat kejadian sebegini.Mengapakah mereka yang bijak kelihatan tenang ketika menduduki peperiksaan, sementara mereka yang kurang bijak agak berpeluh-peluh ?

“Ini kerana mereka yang bijak tidak memerlukan tenaga” kata Richard J. Hier dari Universiti California. dalam kajian yang menggunakan Tomographer Pancaran Positron iaitu sejenis alat pengimbas yang dapat mengesan apa yang berlaku dlam otak, Heier telah membuat kajian terhadap 17 orang. Dia meminta mereka makan sejenis gula yang ditandakan dengan radioaktif (sel otak akan menggunakan gula bagi mendapatkan tenaga).

Haier telah memberi mereka beberapa soalan yang perlu dijawab. Hasilnya, dia mendapati bahawa bagi kumpulan yang bijak dan dapat menjawab dengan baik, otak mereka tidak banyak menggunakan tenaga, tetapi bagi mereka yang kurang bijak dan gagal menjawab soalan, didapati otak mereka banyak menggunakan tenaga. Ini hanya merupakan satu faktor dari berbagai jenis faktor mengapa seseorang itu berpeluh semasa menduduki exam tetapi orang yang bijak itu juga akan berpeluh jika dia tidak mengulangkaji subjek-subjek yang bakal dihadapi olehnya di dalam peperiksaan. Pendek katanya, persediaan dan ulangkaji merupakan aset berharga yang membolehkan orang yang kurang bijak bersaing dengan orang yang bijak didalam peperiksaan.

Sebenarnya bukanlah “mengapa orang bijak tidak berpeluh ?” tetapi yang sebetulnya “mengapa orang yang bersedia tidak berpeluh?” :D. Inilah kebenaran. bila kita bersedia, kita tidak akan gelabah. Bila kita tidak gelabah hormon adrenaline tidak banyak dirembeskan dan bila kurang hormon dirembeskan, kurang metabolisme badan berlaku yang menakibatkan kurangnye peluh keluar.
Ahli Fizik dan “manusia paling bijak” pada abad ke-20; Albert Einstein tidaklah mengatakan bahawa orang yang bijak itu adalah kerana “gifted” tetapi dia mengatakan bahawa orang yang bijak dan mampu berjaya adalah orang yang mempunyai 99% daya usaha dan hanya 1% inspirasi kejayaannya. Bukan dengan hanya angan-angan mat jenin. Kesian mat jenin, mangsa keadaan yang menunjukkan manusia itu suka berangan-angan :D.

Sudah menjadi lumrah alam atau dikenali sbg sunnatullah, jika kita bersedia untuk berdepan dengan apa yang kita bimbangkan, kita akan berjaya mengatasinya. Jarang-jarang kita akan kecundang dan tewas. Tetapi ini tidak bermaksud kita akan selalu menang dalam setiap cabaran dan liku. Jika kita masih tewas apabila sudah “mengasah pedang”, mungkin ini merupakan satu ujian dari Allah SWT terhadap hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya ingat pada Nya ketika dia dalam kesusahan.

Sesudah kita diberi nikmat, Dia akn menguji kita dengan menarik semula nikmat itu. Itulah faktanya, itulah dalilnya. Secara tuntasnya, kita perlu bersedia dalam semua perkara yang melibatkan proses persediaan dan pengaturan tetapi kita juga perlu berlatih cara-cara untuk menjadi spontaneous. Jika seseorang yang kurang bijak bersedia, tidak mustahil dia akan menewaskan orang yang bijak dengan cara terhormat !

1 comment:

nina said...

YE!!!AKHIRNYA SOALAN Cikgu Suriani terjawab!tima kasih cikgu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...