TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 11, 2009

Tingkatan 1 : Koleksi Kuih Tempatan

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya

 Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya..
Nikmati pendapatan automatik, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..!

Apakah Maksud Tidak Perlu Promosi?
  1. Promosi dilaksanakan oleh sistem, anda memang tak perlu promosi
  2. Anda hanya perlu 'sambung kerja sistem' apabila ada respon dari prospek
  3. Layan soalan prospek untuk pastikan dia membeli, supaya anda dapat komisen


 *********


Kuih Lompang
Bahan-bahan:
½ biji kelapa,
1 cawan gula putih,
2 cawan tepung beras,
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur,
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat

caranya:
Masak air gula dengan 3 cawan air,
tapis masukkan dalam bekas,
sejukkan sedikit.
Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata.
Tuangkan air gula yang masih panas, kacau.
Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan.
Panaskan pengukus & juga acuan lompang.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang kukus hingga masak (40 minit),
kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.

Kuih Rengas


Bahan-Bahan:
90gm gula,
600 ml air ,
125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam
60 gm gula melaka,
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan.
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng.
Bahan Sadur:  3 camca tepung beras, ¼ camca garam, Secubit kapur, Air sejuk

Cara:
Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air. Didihkan selama 30-40 minit, hingga menjadi sangat kembang. Masukkan gula, gula melaka & daun pandan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut. Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk. Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Bentukkan tiap-tiap satu dengan kemas supaya menjadi bulat & leper. Untuk menyediakan bahan sadur:Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur untuk memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap. Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga garing & coklat keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan.

Kuih kosui


Bahan-Bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 biji gula melaka
sedikit kapur sirih
sedikit kicap
daun pandan
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)

Cara:*didihkan 2 cawan air,masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan. *campurkan tepung gandum, tepung ubi.bancuh dengan air hingga tidak berketul. *masukkan kapur sirih hingga ada bau kapur pada adunan. *masukkan air gula yang sudah ditapis dan juga sedkit kicap. *adunan tadi haruslah tidak terlalu cair. *masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak


Kuih koci


bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (setengah mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya

Inti:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara:
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.

Kuih Ketayap

Bahan-Bahan:
Bahan inti:
150 gm gula merah,
¾ cawan air,
½ biji kelapa parut,
garam,
daun pandan,

bater:
1 cawan tepung gandum,
1 ½ cawan santan,
1 biji telur,
2 helai daun pandan

Cara:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Kuih Keria


Bahan-Bahan:
600 gm keledek
150 gm tepung gandum
¾ cawan gula putih
Minyak Garam

Cara:
Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Ketepikan. Keledek tadi dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil 1 camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.



sumber : Mesra.net Resepi


2 comments:

ierahsyahirah said...

web ini tidak lengkap dan boleh dikatakan tidak memuaskan kan . kebanyakan maklumat yg disediakan tidat menepati keperluan pengunjung dan pengunjung.
*tiada nota untuk pilihan 1 iaitu ert
*nota tidak lengkap
p/s:kritikan ini adalah tujuan untuk meningkatkan kualiti web ini juga, harap dpt tingkatkan lagi.selamta berusaha!

Norliza said...

terima kasih atas sumbangan komen yang diberikan, insya-allah jika diberikan kelapangan, saya akan menambah baik kualiti kandungan dalam blog ini. Memandangkan saya mengajar KHB-ERT dan KHB-PK tingkatan 3, kebanyakan maklumat yang dimasukkan khas untuk kegunaan murid2 KHB tingkatan 3 di sekolah saya.

Semoga kita dapat menggunakan maklumat ini dengan sebaiknya.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...