TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

May 22, 2009

Tingkatan 6B vs Tingkatan 3....2009.

Rasanya inilah tahun dalam sejarah. Tak pernah terfikir akan jadi guru tingkatan 6. Bila Ustaz Dollah bagi borang maklumat pelajar tingkatan 6B3 dan suruh isi SMM, terkejut badak jadinya. Macam tak percaya. Tengok buku takwim yang dapat masa awal tahun, memang sah nama aku ada kat situ. Nak buat macam mana? Bengang kepala satu hari. Esoknya.. selak lagi nama-nama budak yang ada dalam borang maklumat murid tu tapi tak boleh nak mengadap komputer isi SMM. Banyak kerja lain nak buat. Kelas penuh 6 waktu.. Cadangnya nak buat hari Rabu..
Hari rabu free. tapi nak buat stok KHB dulu.. Aku kan KP KHB yang slow sikit. Kad hijau J4 pulak. Mesti siapkan juga walau apapun terjadi. Sebab kerja ni aku je yang kena buat. Makin tangguh makin susah. Nanti kerja bertambah. Yang penting... tepat 1.30pm aku dah keluar dari sekolah.

Masih terfikir lagi.. ramai-ramai umat kat sekolah tu..nape le pilih aku jadi form teacher 6B3? Akhirnya..aku berjaya siapkan SMM tu hari Jumaat. Dan yang berjaya aku buat ialah semak kerja kursus KHB tahun 2009, pilihan PK dan ERT. Ada yang takde modul 1. Maksudnya, tak buat kerja kursus masa tingkatan 1 tahun 2007.

Kesian bebudak ni, mereka tak tau agaknya yang kerja kursus ni penting sangat. 40% dari markah peperiksaan PMR tu. Jadi apa nak buat. Kalau aku kejam, bagi je 0. Tapi tak sampai hati.. Cakap kat bebudak ni, buat semula kerja-kerja tingkatan 1 tu. nampaknya respons positif.

Berkaitan kerja yang aku kena rancang betul-betul ialah :

1. Sediakan projek tingkatan 3 KHB-PK dan KHB-ERT, 10 contoh bagi setiap pilihan untuk pentaksiran oleh guru pentaksir kawasan. (September)
2. Sediakan sistem fail pengurusan pentaksiran kerja kursus KHB bagi tahun 2009 untuk semua pilihan : KHB-KT, KHB-PK, KHB-ERT dan KHB-SP. (Jun)
3. Kemaskini fail panitia yang belum disentuh. (Ogos)
4. Buat stok untuk sebarang pembelian panitia. (Bila-bila)
5. Rancang bajet 2009, dapatkan bilangan terkini tingkatan 1 dan 2. (September)
6. SEDIAKAN SOALAN IRP UNTUK TINGKATAN 3!(Jun - September)
7. KELAS TAMBAHAN SEBELAH PETANG UNTUK TINGKATAN 3. (sama)
8. Persediaan tingkatan 6B (PA 2) (Jun - September)
9. Dan banyak lagi kerja-kerja lain...he he.

Soalannya, mengapa aku yang dipilih... takde orang lain ker...

Moralnya :
Dalam soal kerja yang perlu dilaksanakan, kita harus mencuba dan jangan berputus asa. Lakukan dengan ikhlas. Semoga keikhlasan itu akan mendapat ganjaran daripada-Nya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...