TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

May 30, 2009

Pertandingan Memasak Peringkat Daerah 2009 (Siri 1)

Jumaat, 29 Mei 2009 jam 3.00 petang ,saya menghadiri satu mesyuarat pertandingan memasak peringkat daerah tahun 2009 di SMK Tg Sepat dan ditemani suami dan anak-anak. Maklumkah saya ni sebenarnya takut memandu jauh. Sementara bermesyuarat, suami membawa anak-anak berkelah di Pantai Bagan Lalang.

Agenda mesyuarat kali ini, membincangkan tentang aktiviti pertandingan yang akan diadakan pada 30 Jun 2009, hari Selasa, 2 minggu selepas cuti pertengahan tahun. Tema pertandingan pada kali ini ialah PERKELAHAN. Pertandingan Peringkat Negeri pula pada bulan Julai. Kalau diikutkan perasaan, rasa berat hati untuk menyertai pertandingan memasak pada tahun ini kerana melihatkan keadaan bengkel yang sungguh tidak kondusif untuk pembelajaran apatahlagi untuk sebarang aktiviti. Masalah ini sudah saya ajukan kepada pengetua dan Ketua Bidang Teknik & Vokasional. Namun sebagai guru biasa, saya tidak akan membantah jika keputusan saya tidak diterima. Tetapi harapan saya semoga mereka memahami masalah ini.

Sebenarnya Pertandingan Memasak memang cukup menyeronokkan. Sejak tahun 2006, pasukan dari sekolah SMK Telok tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Pada tahun itu, SMK Telok Datok telah diminta mewakili daerah Kuala Langat ke peringkat negeri (tiada pertandingan di peringkat daerah)bertanding di SMK Salak Tinggi, Sepang dan berjaya meraih tempat ketiga dari 12 buah sekolah di negeri Selangor. Itulah memori indah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada tahun 2007, mendapat tempat kedua peringkat daerah dan pada tahun 2008 mendapat johan peringkat daerah seterusnya layak mewakili ke peringkat negeri. Di Peringkat negeri, mendapat saguhati di bawah bimbingan Cikgu Nurhayati Hamzah dan guru-guru praktikal.

Jadi, bagaimana pula pada tahun ini? Perlukah saya menarik diri? Adakah ini untuk kepentingan peribadi? Bersalahkah saya?

Tepat jam 5.00 petang suami dan anak-anak menjemput saya yang agak pening lalat setelah keluar dari bilik mesyuarat. Gembiranya anak-anak sebab dapat bermain di tepi pantai bersama abahnya. Namun dalam hati saya, resepi apa nak dimasak untuk pertandingan nanti? Walaubagaimanapun, yang lebih penting ialah nak masak apa untuk makan malam anak-anak ni.

Sekian

2 comments:

Pok-Din Inc said...

masak siakap 3 rasa kak..
konfem lelehh..

Norliza said...

iye la. nanti ko jadi juru rasa nye ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...