Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia.
Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP,
boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)
*******
Cuti sekolah yang panjang... tentu banyak yang ingin dilakukan oleh anak-anak kita. Sebelum cuti lagi sudah merancang untuk bermain PSP sepanjang hari.. kemudian menjelang petang, bermain bola sepak..dan malam pula menonton televisyen. Saya mendengar perancangan adik-beradik yang seronok sangat ingin bercuti sambil tersenyum. Siapa sangka, rupanya emak dan abahnya pun ada merancang program untuk mereka.
Seminggu sebelum cuti, saya maklumkan pada anak-anak ini bahawa mereka akan dihantar ke Program Tahfiz di Maahad tahfiz Ihya al-Ahmadi di Sungai Kelambu, Banting. Bercerita tentang tempat yang akan mereka tinggal selama satu bulan dan memerlukan ketabahan hati untuk berdikari sepanjang berada di sana, akhirnya saya berjaya memujuk anak-anak ini. Sehelai jubah putih untuk setiap seorang lengkap dengan kopiah merangsang anak-anak ini yang nampaknya tidak sabar-sabar untuk merasai suasana percutian mereka.
Semoga anak-anakku mendapat satu pengisian hati dan rohani yang bermakna untuk bekalan dihari-hari yang akan dihadapi. Doa emak dan abah untuk anak-anakku, Muhammad Zul Fadhli dan Muhammad Afiq, Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman kepada Allah s.w.t. Amin...
"Belajarlah sesuatu yang baik tanpa rasa jemu, tanamkan sifat sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sesungguhnya Allah s.w.t sangat mengetahui segala yang tidak kita ketahui." - Emak.
1 comment:
Dua hari telah berlalu.. rindunya saya pada dua orang anak ni. entah apa yang sedang dibuatnya.
sesekali melihat-lihat telefon, takut takde line, atau ter'off'. nanti zul n afiq call tak dapat pulak.
Ustaznya tak bagi datang pada hari-hari biasa. cuma boleh datang hari ahad je.
itulah perasaan seorang emak yang tak pernah berpisah dengan anak-anak.. :(
Post a Comment