TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 26, 2012

MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2013

Assalamualaikum.

Suasana menjelang persekolahan kian terasa. Didahului dengan mesyuarat guru yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang (5 jam). Banyak perkara baru yang perlu dilaksanakan. Ini adalah kesan dari pengumuman keputusan PMR2012 baru-baru ini. Beberapa strategi perlu difikirkan dan dilakukan untuk menambahkan lagi peningkatan prestasi murid  bagi calon PMR 2013.

2012-12-26 09.06.03.jpg
Dipengerusikan oleh Puan Soaidah binti Duriat (Pengetua SMKTD)

2012-12-26 09.06.21.jpg
Semua guru yang hadir mendengar dengan teliti setiap amanat yang disampaikan
Mesyuarat ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, doa dan ikrar integriti guru agar semua guru mendapat semangat baru untuk melaksanakan tugas pada tahun 2013 nanti.

Mesyuarat guru kali pertama memang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua guru. Ini kerana pada hari ini, semua guru mendapat lantikan tugas baru untuk dilaksanakan, selain boleh merancang dengan teliti bersama panitia masing-masing strategi yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran da pembelajaran nanti.

Pada hari ini saya sangat bersyukur dan berbangga kerana telah mendapat anugerah atas pencapaian mata pelajaran cemerlang dalam PMR 2012.  Mata pelajaran KHB-KT, KHB-PK dan KHB-PN telah mencatat pencapaian mengekalkan prestasi 100% lulus serta peningkatan dalam gred purata. Bagi mata pelajaran KHB-ERT, seorang murid gagal namun ia tetap mencatat keputusan yang cemerlang iaitu peningkatan gred purata dan peratus A ialah 60%(mendapat tempat kedua di peringkat daerah Kuala Langat) Alhamdulillah.. segala usaha yang dicurahkan kepada murid rasa berbaloi dengan pencapaian keputusan seperti ini...

Antara perkara baharu yang perlu diambil berat ialah :
"Kuota Latihan Pelajar"... apa tu?

Jadi, untuk perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat kurikulum pada hari esok iaitu 27.12.12 (8.00 - 10.00 pagi)

seterusnya bersambung dengan mesyuarat panitia (10.30 - 1.00 petang)

.....> azam baru untuk tahun 2013.. bekerja dengan seikhlas hati..














































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...