TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

March 26, 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN 2012

Takwim Peperiksaan





TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012
 
UPSR
Ujian Bertulis 11- 13 September 2012 (Selasa hingga Khamis)
 
PMR
Ujian Bertulis 9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)
  15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)
 
SPM
Amali

Ujian Bertulis


5 November - 6 Disember 2012 

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 hari bermula 30 Januari 2012

5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januri 2012 [baharu]
 
STAM
Ujian Lisan 9-12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis 16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis




12 - 13 Jun 2012 (Isnin hingga Selasa)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346


Anda juga boleh melayariLaman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

March 13, 2012

Perodua Alza M2 Edition

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :) KLIK DI SINI

******* 
 
Perodua telah mula mengambil tempahan untuk varian terbaru edisi istimewa, Perodua Alza M2 Edition, seperti mana dipaparkan di dalam laman web rasmi mereka. Harga untuk Alza M2 1.5L ZHP ini ditetapkan sebanyak RM69,990.00 (harga atas jalan termasuk insuran) di Semenanjung Malaysia.
Perodua Alza M2 Edition masih mengekalkan enjin 1.5 liter (automatik) sama seperti varian Perodua Alza yang lain, namun tampil dengan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran menarik. Antaranya ialah pengenalan warna baru Midnight Blue dan dilekatkan ‘grademark’ M2 Edition di pintu bonet belakang dan di bahagian kerusi depan. Karpet lantai juga direka dengan sentuhan baru, menyerlahkan lagi gaya eksklusif model ini.



Alza M2 Edition turut dilengkapi kit badan penuh seperti Alza Advanced Version, dan kali ini ditampilkan unit navigasi GPS dengan kamera undur belakang (reverse camera), cermin dipasang penebat haba (tinted glass) yang mampu membalikkan pancaran UV cahaya matahari sehingga 91 peratus. Kerusi dibalut kulit dengan dua tona warna dan kemasan mewah.
Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, Perodua Alza M2 Edition hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja.

sumber :  http://www.arenakereta.com/20/05/2011/perodua-alza-m2-edition-sudah-boleh-ditempah-harga-rm69990-00/

March 12, 2012

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya..

Assalamualaikum..

Menulis tajuk untuk entri kali ni, hati mula rasa sedih.. mana tak sedihnya.. Cuti sekolah pertengahan penggal pertama 2012 yang sepatutnya menggembirakan, sudah ditimpa musibah.. Ikut perancangan awal, hari Ahad nak balik Kampung di Johor. Tiba-tiba pulak hari Sabtu kereta masuk bengkel. Kena tarik pulak tu sebab enjinnya tak nak hidup..Kereta Naza Citra ni baru je 4 tahun, tapi selalu je rosak.. macam-macam la penangan kereta ni.. Sabar je la..Rasa macam nak tukar kereta lain je.. Bayangkan , dari hari Sabtu sampai hari Selasa baru kereta ni siap repair.. Kosnya RM1020..macam nak pengsan! Minggu lepas baru je bayar road tax n insurans RM1227.50. Kali ni memang menguji kesabaran betul!.....

Jadi, sepanjang cuti ni nak buat apa ye ?.. Cuti suami pun dah tangguh!  ...sebabnya ...kereta ni punya pasallah..Tapi, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.. mungkin saya belum sedar. Anak-anak pun bisinglah. Bila nak balik kampung ni.. nak bawa kereta sendiri, tak berani lah pulak..Takpe la.. balik kampung hujung bulan ni je..rindu semua yang kat kampung..

Masa yang ada ni, mula lah nak update blog..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog, beberapa hari ni saya ada mengubahsuai isi kandungan entri berkaitan e-book.. Jika ada yang pernah membacanya.. tentu akan dapati isinya berubah kan! Sebelum ini, Santai Minda yang saya gunakan dari tahun 2009 dalam bentuk buku sahaja. Sejak bulan Januari 2012, saya mula menjual bahan P-P iaitu E-book (Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan kombinasi (BESTARI).. Biasanya semua bahan P-P saya upload percuma untuk semua yang memerlukan. Tapi untuk E-Book, saya menjualnya kerana ia adalah bahan yang mempunyai hak cipta dan saya mengambil masa dan pengorbanan yang banyak untuk menghasilkannya..

Mulanya, saya meminta cikgu membayar dulu sebelum menerima e-book,... tetapi saya berubah fikiran..dan memberi kepada sesiapa sahaja yang mengisi borang pesanan dengan syarat menyemak dahulu dan kemudian membuat pembayaran. Menakjubkan !..Memang mendapat sambutan!.. Tapi malangnya tak ramai yang ingin membuat pembayaran.. (mungkin isi kandungannya kurang berkualiti kot atau mungkin harganya mahal.. tapi saya sendiri belum pernah jumpa BBM dalam bentuk softcopy dengan nilai bawah dari RM100..).. 

Hati mulalah berkata-kata..'sebenarnya bahan saya ni bagus ke tidak.. Kalau tak bagus kenapa cikgu yang membelinya tidak mahu berikan maklumbalas!..'... Jadi, pada waktu tengah hari, saya pun mengubah suai lagi entri berkaitan e-book. Saya meminta cikgu membuat pembayaran dahulu, kemudian barulah saya menghantar ebook tersebut....

Sepanjang petang ni, saya rasa macam tak sihat.. mulalah terfikir {kalaulah, ada cikgu yang telah buat pembayaran dan tiba-tiba saya ni meninggal pulak dan tak sempat nak email e-book tu,, macam mana ye? nak suruh suami, bukannya dia tahu hal-hal ebook ni..} ishhh..tak boleh jadi ni..  kena ubah strategi..
Akhirnya.. saya kembali ke strategi jualan yang lama iaitu ;

1. Cikgu isi dulu borang pesanan..
2. Saya hantar email e-book dengan password..
3. Cikgu semak dan buatlah keputusan..
4. Lepastu jika setuju.. barulah buat pembayaran..
5. Jika cikgu terlupa...kalau saya rajin, saya sms la..kalau tak.. saya halalkan saja la ilmu tu.

Jadi, pada malam yang sepi ni.. saya ubah lagi kandungan entri berkaitan e-book. jika selepas ini ada yang membacanya dan berminat.. isilah borang pesanan tu. Tentang rezeki tu, biarlah Allah s.w.t yang menentukannya..

sekian.. luahan untuk kali ini.. terima kasih..

:)




March 10, 2012

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR 2012

 
Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya.

Berikut dibawah kawasan yang terlibat mengalami gangguan bekalan air.
  • Hulu Selangor kawasan Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.
  • Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.
  • Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
  • Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
  • Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
  • Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.
- Mstar.com.my
.
Orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

March 01, 2012

RESEPI : MENU MAKAN TENGAH HARI

 TERUNG TUMIS CILI KERING
Bahan-bahan :
3 biji terung panjang dipotong dan digoreng
 4 batang cili kering -
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
ikan bilis
1/4 kiub ayam
Cara Memasak
Kisar semua bahan kecuali terung. 
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan.
Masukkan terung yang telah digoreng.
Perasakan dan hidang.
********
 AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
10 biji cili api
1 biji bawang besar
2 cm halia
3 biji bawang putih
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
3 helai daun limau purut
1 biji kelapa parut (dapatkan santan)
Cara membuatnya :
Kisar bawangbesar, halia, bawang putih dan cili api.
Sediakan periuk.
masukkan ayam, bahan kisar, serai dan daun limau purut
dan sedikit air.
Masukkan garam dan asam jawa.
Masak sehingga ayam empuk.. masukkan santan
Biar mendidih dan perasakan.
*********




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...