Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia.
Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP,
boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :) KLIK DI SINI
Perodua telah mula mengambil tempahan untuk varian terbaru edisi istimewa, Perodua Alza M2 Edition, seperti mana dipaparkan di dalam laman web rasmi mereka. Harga untuk Alza M2 1.5L ZHP ini ditetapkan sebanyak RM69,990.00 (harga atas jalan termasuk insuran) di Semenanjung Malaysia.
*******

Perodua Alza M2 Edition masih
mengekalkan enjin 1.5 liter (automatik) sama seperti varian Perodua Alza
yang lain, namun tampil dengan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan
luaran menarik. Antaranya ialah pengenalan warna baru Midnight Blue dan
dilekatkan ‘grademark’ M2 Edition di pintu bonet belakang dan di
bahagian kerusi depan. Karpet lantai juga direka dengan sentuhan baru,
menyerlahkan lagi gaya eksklusif model ini.
Alza M2 Edition turut dilengkapi kit
badan penuh seperti Alza Advanced Version, dan kali ini ditampilkan unit
navigasi GPS dengan kamera undur belakang (reverse camera), cermin
dipasang penebat haba (tinted glass) yang mampu membalikkan pancaran UV
cahaya matahari sehingga 91 peratus. Kerusi dibalut kulit dengan dua
tona warna dan kemasan mewah.
Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, Perodua Alza M2 Edition hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja.
sumber : http://www.arenakereta.com/20/05/2011/perodua-alza-m2-edition-sudah-boleh-ditempah-harga-rm69990-00/
sumber : http://www.arenakereta.com/20/05/2011/perodua-alza-m2-edition-sudah-boleh-ditempah-harga-rm69990-00/
3 comments:
bakal pengganti naza citra..
Hari ni bw alza m2ezi
salam. lama tak sembang sini
Post a Comment