TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 28, 2012

Muhasabah Diri..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri sebelum tidur..
Mengimbas kembali perkara-perkara yang telah berlaku sepanjang hari ini. Muhasabah diri atas segala kekurangan, kesilapan, keterlanjuran, jasa dan bakti, baik dan buruk, dosa dan pahala. Adakah amalanku sepanjang hari ini diberkati Allah swt..

Sayu.... sedih.. Ya Allah! Engkau berkatilah usiaku ini dengan rahmatMu,

Hari-hari semakin sibuk.. Otak seperti tak boleh berhenti berfikir, menyusun strategi, membahagi masa.. Kekadang tak sedar rupanya fizikil tak seiring dengan pemikiran. Aduh...Sakitnya kakiku ini.. Rupanya hari ni, entah berapa kilometer berjalan di bumi Allah ini..

Setiap hari berdoa semoga segala urusan dipermudahkan, namun kita takkan terlepas dari ujian dan dugaan. Sesekali terdengar desus desas ketidakpuashatian seseorang terhadap tindakan yang telah kita lakukan. Apalah daya kita sebagai hamba Allah, memang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.

Sebagai seorang ketua dalam sesebuah organisasi, kumpulan, rakan-rakan ataupun keluarga, segala tindakan yang dilakukan sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada orang di bawahnya. Tindakan yang salah pasti akan menyukarkan pengurusan dalam kumpulan tersebut. Tapi, adakah sesiapa sedar, sebenarnya seorang ketua itu akan menanggung kesan akibat dari tindakan yang telah dilakukannya?

Kadangkala, tindakan atau keputusan yang dibuat oleh seorang ketua itu tidah memuaskan  hati, tapi selalulah berfikiran positif mencari jalan penyelesaiannya. Semoga segala urusan itu akan menjadi mudah. Amalkan perbincangan dengan rakan yang positif.. bukan dengan rakan yang memberi idea yang negatif (kerana orang seperti ini akan merendahkan motivasi diri).

.... Semoga setiap keputusan yang diambil, tindakan yang dibuat seiring dengan rahmatMu ya Allah. Engkau tunjukkanlah padaku jalan yang benar kerana setiap langkah dalam perjalananku hanya untukMu.... Jadikanlah hambaMu ini pendidik yang baik.. Amin..


:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...