Assalamualaikum,
Dalam kesibukan menyambut hari raya tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang sudi membaca blog ini..
Saya juga ingin memohon kemaafan daripada semua jika ada kenyataan dalam blog ini yang mengecewakan, menghampakan atau mengguris hati dan perasaan atau apa-apa sahaja yang menjadi kesalahan. Saya mohon sekali lagi jutaan kemaafan. Maklumlah, kadangkala kita terlupa apa yang kita lakukan belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak.
Setelah seminggu menghabiskan masa bertemu rakan taulan serta saudara mara, kini tiba masanya kembali ke sekolah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang agak lama ditinggalkan.
Buat semua murid tingkatan 3, cikgu ingin mengucapkan...
Selamat Mengulangkaji.. untuk menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar pada bulan Oktober 2012..
:)
No comments:
Post a Comment