TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 di SMK Telok Datok

Kemeriahan sambutan kemerdekaan ke 55 ini jelas terpancar disetiap wajah warga SMK Telok Datok pada 30 Ogos 2012 yang lalu. Sambutan Kemerdekaan ini digabungkan bersama dengan majlis hari Raya Adilfitri serta turut meraikan persaraan Encik Ramli bin Yasir yang jatuhnya pada 31 Ogos 2012. Semoga Encik Ramli berbahagia sentiasa bersama ahli keluarga menikmati persaraannya..

Buat semua warga SMK Telok Datok, selamat menyambut kemerdekaan dan hayatilah kemerdekaan ini dengan penuh bermakna. Kekalkan kemerdekaan ini dan jangan sampai bumi merdeka ini dijajah lagi..

Bersama Puan Soaidah (Pengetua), Pn Hjh Mariam (PK Kurikulum), Datin Hjh Mulia (PK HEM), Pn Hjh Noorhashimah (GKMP SM)

Sebilangan guru-guru wanita SMK Telok Datok

Bersama Pn Norhazwah Esthiar (Pengacara Majlis)

Gabungan Murid-murid Melayu, Cina dan India tngkatan 1 dalam persembahan koir

Murid SMK Telok Datok dengan pakaian Raya..

Nyanyian lagu NegaraKu

Murid-murid SMK Telok Datok

Mengibarkan Jalur Gemilang Kecil

Majlis Persaraan Encik Ramli bin Yasir yang bersara pada 31 Ogos 2012

Barisan Pentadbir

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 Semua gambar di atas adalah ehsan dari Encik Mohd Hata Bin Salleh.. Terima Kasih Cikgu!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...