TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

November 29, 2013

PERANCANGAN STRATEGIK 2014-2016

Deraf Perancangan Strategik telah dimuatnaik dalam VLE-Frog. Masih perlu dikemaskini pada tahun 2014.


Perancangan Strategik telah difailkan untuk memudahkan semakan. Penambahbaikan akan dilakukan pada tahun 2014.



Pendokumentasian Perancangan Strategik Sekolah  (Bidang) Salinan wajib untuk sekolah


-      Jadual Rumusan Program Kurikulum
-      Maklumat ringkas/dokumentasi program bidang
-      Salinanrumusan setiap unit kurikulum
-      Jadual Rumusan Program HEM dan semua bidang lain.

  
-        Pengenalan:
§  Visi, Misi (sama dengan KPM/JPN/PPD)
§  Matlamat, Piagam Pelanggan, Motto
§  Maklumat penting sekolah
§  Carta Organisasi
-        Analisis SWOC/SWOT Kurikulum
-        Pelan Strategik Kurikulum
-        Satu salinan PS dari setiap unit Kurikulum
-        Diikuti SWOC, PS dan Salinan unit HEM/KoKu/BK/PKI/KEW...


-        Pelan Taktikal Bidang (Kurikulum/HEM/KoKu/BK/PKI/KEW...)
-        Pelan OPerasiBidang (ikut bilangan program)
-        Salinan PT untuk semua unit

Buku 4: Rekod Keberkesanan Program Sekolah 2014

Buku 5: Pelan Taktikal & Operasi Sekolah 2015




Perhatian:

1.   GPK boleh menyimpan satu set perancangan bidang dan unit-unit di bawahnya untuk memudahkan pemantauan atau tindakan lanjut (tidak diwajibkan). Salinan wajib oleh Pengetua/Guru Besar (perancangan bidang dan unit) sahaja.
2. Penyelaras Sukan & Permainan, Penyelaras Kelab & Persatuan dan Penyelaras Unit Beruniform boleh menyimpan satu set perancangan kumpulannya dan unit-unit di bawahnya untuk memudahkan pemantauan atau tindakan lanjut.
3.   Catatan rasmi(wajib)  dalam mekanisma pemantauan perlu dicatat pada pelan operasi dalam folderGuru Besar/Pengetua dan Unit-unit sahaja. Catatan hanya dengan tulisan tangan sahaja. 
4. Laporan tahunan perlu ditaip (Buku 1: Laporan 2013, Buku 4: Laporan 2014-akhir tahun).

------moga dipermudahkan urusanku------

1 comment:

Syazwan Daud said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...