May 14, 2015

PERSEDIAAN PEMBENTANGAN CALON GURU INOVATIF DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2015



Assalamualaikum.

Setelah dua hari tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri Taklimat Pemeriksaan PT3 di SMK Bandar Utama Damansara Utama 3, hari ini saya kembali ke sekolah untuk bertugas seperti biasa. Terlihat di atas meja, berhelai-helai surat dan jemputan menghadiri majlis.. alangkah terkejutnya, rupanya ada surat untuk menghadiri pembentangan calon guru di PPD Kuala Langat.

Satu apa pun belum buat. Bahan dah lama ada, cuma belum kemaskini. Tapi, sebelum sediakan powerpoint untuk pembentangan itu, saya perlu siapkan dulu kerja yang PK Pentadbiran arahkan (Dialog Prestasi UB1 Tingkatan 5)... pening sekejap.

Sarapan dulu, kemudian mulakan kerja. Selepas habis kelas 3RK, saya terus buka laptop dan mulakan kerja dialog prestasi sehingga jam 3.00 petang. Alhamdulillah siap.. Email kepada PK Pentadbiran dan rakan-rakan GKMP yang lain.

Sampai rumah jam 4.00 petang, terus mulakan buat powerpoint untuk pembentangan esok. Semoga dipermudahkan segala-galanya..Terima kasih encik suamiku... kerana belikan komputer baru untuk tahun 2015 ni..
Displaying P_20150514_162701.jpg
2015


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...