TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 01, 2016

SSO ( Single Sign On)

MAKLUMAN DARI PENTADBIR SEKOLAH PADA 1.1.2016 KEPADA SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SMKTD

HARAP YG INI DPT MERINGANKAN TUGAS

Mohon kerjasama semua guru dan akp utk ambil tindakan perkara di bawah. Modul SSO akn mula beroperasi 1 Disember 2015. Utk mengelak kesulitan, diminta bertindak segera.
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Makluman penting dari pihak KPM mewajibkan semua guru dan staf sekolah mmbuat pendaftaran id dan password didalam sistem SSO(Single Sign On) yang mana sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya pada awal tahun 2016. Sehubungan dgn itu disini saya sertakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran SSO.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON (SSO) BAGI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015
PENTADBIR, GURU & BUKAN GURU
PENDAFTARAN ID & PASSWORD SSO

1.  LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (PAPARAN LAMA) DI URL BERIKUT:
https://sps1.moe.gov.my/
2. Klik menu log masuk
3. Keluar 3 menu utama: PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN GURU (EOPERASI), PENGURUSAN MURID   (APDM)
4. Pilih dan Klik Menu PENGURUSAN GURU
5. Paparan eoperasi muncul
6. Masukkan ID dan Password e-operasi.
7. Apabila berjaya log in. ada button DAFTAR SSO disebelah kiri. Klik DAFTAR SSO.
8. Klik DAFTAR SSO SEKARANG
9. No. KP sedia ada. Cipta baru kata laluan (campur huruf & angka), sahkan kata laluan dan masukkan email (pastikan email yang aktif sahaja)
10. Klik daftar
11. Paparan muncul bersama url berikut
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
12. Klik log masuk
13. Masukan No. KP dan Kata laluan yang telah didaftarkan tadi
14. Klik log masuk
15. Klik menu untuk paparan system
16. Muncul 3 menu utama : Pengurusan sekolah, pengurusan guru dan Pengurusan Murid.
17. Cikgu boleh cuba log in guna password yang sama dalam Pengurusan Murid (APDM) bagi guru tingkatan.

~~~
Untuk makluman guru yang telahpun berjaya mendaftar, SSO ini hanya memerlukan IC dan password (satu sahaja) untuk menghubungkan kita dengan semua link kementerian seperti SPLG, E-operasi. eg-Tukar dan lain-lain.

Memang memudahkan dan tidak perlu lagi ingat pelbagai password untuk pelbagai login.

:) 

RPH Minggu 1 (4.1.2016 - 8.1.2016)

Rancangan Pengajaran Harian (Minggu 1) 4.1.2016 - 8.1.2016

Bahan Bantu Belajar : MODUL PEMBELAJARAN KHB-ERT TINGKATAN 3



Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pada Tarikh : 04/01/2016 (ISNIN)         MINGGU    :           1
Nama Guru : NORLIZA BINTI JAIS

Tingkatan 3 : KEMAHIRAN HIDUP (EKONOMI RUMAH TANGGA) (3 KAA)
Waktu
:
1.20 petang – 2.00 petang ( 40 minit)
Topik
:
REKACIPTA
Terperinci
:
HASIL PEMBELAJARAN :
a. Pengenalpastian masalah
Aras 1
• Mengenal pasti masalah
• Mengumpul maklumat dan data
• Menganalisis maklumat
• Menyenaraikan pebagai idea penyelesaian masalah

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Penerangan isi kandungan pelajaran
2. Murid melengkapkan modul pembelajaran KHB-PK muka surat 4 hingga 6  
   melalui perbincangan dan merujuk buku teks. Penggunaan peta pemikiran
    (peta bulatan, peta alir dan peta buih)
3. Melengkapkan  REKACIPTA : (Dalam modul)
    i-   Pengenalpastian masalah
    ii-  Mengumpul maklumat dan data
    iii- Menyenaraikan idea penyelesaian melalui lakaran berlabel.

PBS (Merujuk PPPM) :
Penerangan Format PBS Tingkatan 3 dan penggunaan Modul i-Think

BAHAN BANTU BELAJAR :
1. Modul Pembelajaran KHB muka surat 4-6

https://drive.google.com/a/yes.my/file/d/0B488PK3RLbK0bHJzUXdwY29xTXM/view 
 2. Kertas mahjong untuk i-Think
Kerja Rumah
:
Melengkapkan Modul Pembelajaran KHB-ERT muka surat 7 dan 8
Refleksi
:









Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016.

Alhamdulillah, syukur kerana dipanjangkan usia kita semua untuk bertemu lagi tahun baru ini. Semoga dengan rezeki masa yang Allah swt beri ini dapat kita sama-sama manfaatkannya supaya mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. 

Tahun ini, saya kena mengajar dua alam lagi (mengajar pagi dan petang). Jadual hari Isnin bermula 7.30 pagi dan tamat 3.40 petang. Tingkatan 2 dan 3 berada pada sesi petang dan tingkatan 4. 5 dan 6 di sesi pagi (tingkatan 1 di tutup dan dipindahkan ke sekolah lain). Ini kerana, sekolah saya akan menjadi Pusat Tingkatan 6 menjelang 2019 nanti. Guru-guru yang mengajar sepenuhnya tingkatan 1 juga turut dipindahkan pada akhir tahun 2015.
Mungkin 2018 nanti, saya juga akan dipindahkan ke sekolah yang lain.

Begitulah resam pekerjaan kita, sentiasa menurut perintah dan patuh arahan. Saya juga berharap supaya dipindahkan ke mana-mana sekolah di daerah ini untuk memudahkan urusan keluarga. 

Oleh itu, rakan-rakan maya yang setia membaca blog saya ini mendoakan saya :
1. Mendapat  sekolah yang baik, 
2. Mendapat rakan-rakan yang baik,
3. Mendapat pemimpin / pentadbir yang baik,
4. Mendapat murid-murid yang baik-baik,
5. Dipermudahkan urusan diri, dan dapat juga memudahkan urusan orang lain.
6. Diberi kelapangan masa, keberkatan dalam rezeki.
7. Dan, semua yang baik-baik.

Aamiin. Terima kasih kerana sudi membaca. 


December 30, 2015

Kaji selidik kunjungan blog dari 20.10.2014 hingga 30.12.2015

Alhamdulillah..


Kesimpulannya :

1. Soal selidik yang dijalankan selama setahun ini telah mendapat 835 undian.

2. Lebih 50% guru @ murid yang mengunjungi blog ini memang suka menimba ilmu pengetahuan dan tidak mensia-siakan kemudahan teknologi yang ada.

3. Hanya 6% mengunjungi blog ini untuk suka-suka.


Kajian 20.10.2014 sehingga 30.12.2015

Terima kasih kepada semua yang sudi menjawab soal selidik dari blog ini.


December 29, 2015

Mesyuarat kurikulum 1 / Tahun 2016

Hari ini menghadiri mesyuarat kurikulum bil 1 untuk tahun 2016. Tahun ini, pihak sekolah telah menyediakan fail rekod mengajar yang sangat cantik. :) Bersemangat rasanya..


Fail rekod mengajar berwajah baru

December 28, 2015

Mesyuarat Guru bil 1 Tahun 2016

Alhamdulillah, telah sekian lama bercuti, hari ini 28.12.2015 telah menghadiri mesyuarat guru bilangan 1 bagi tahun 2016. Esok hingga khamis, mesyuarat kurikulum, HEM dan kokurikulum.

sijil dari pengetua
Manual pengurusan sekolah dan senarai tugas didalammya..



 

December 18, 2015

Takwim 2016

Sumber : channel rasmi SMKTD

December 14, 2015

Majlis Pengumuman PT3 2015

Alhamdulillah.. keputusan yang membanggakan.
Petikan akhbar sinar harian 15.12.2015
Murid tingkatan 3 meraikan kejayaan
ibubapa yang turut hadir
persediaan guru-guru tingkatan
bersama murid yang disayangi
perbincangan dengan penyelaras sebelum majlis penyampaian sijil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...