TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 01, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016.

Alhamdulillah, syukur kerana dipanjangkan usia kita semua untuk bertemu lagi tahun baru ini. Semoga dengan rezeki masa yang Allah swt beri ini dapat kita sama-sama manfaatkannya supaya mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. 

Tahun ini, saya kena mengajar dua alam lagi (mengajar pagi dan petang). Jadual hari Isnin bermula 7.30 pagi dan tamat 3.40 petang. Tingkatan 2 dan 3 berada pada sesi petang dan tingkatan 4. 5 dan 6 di sesi pagi (tingkatan 1 di tutup dan dipindahkan ke sekolah lain). Ini kerana, sekolah saya akan menjadi Pusat Tingkatan 6 menjelang 2019 nanti. Guru-guru yang mengajar sepenuhnya tingkatan 1 juga turut dipindahkan pada akhir tahun 2015.
Mungkin 2018 nanti, saya juga akan dipindahkan ke sekolah yang lain.

Begitulah resam pekerjaan kita, sentiasa menurut perintah dan patuh arahan. Saya juga berharap supaya dipindahkan ke mana-mana sekolah di daerah ini untuk memudahkan urusan keluarga. 

Oleh itu, rakan-rakan maya yang setia membaca blog saya ini mendoakan saya :
1. Mendapat  sekolah yang baik, 
2. Mendapat rakan-rakan yang baik,
3. Mendapat pemimpin / pentadbir yang baik,
4. Mendapat murid-murid yang baik-baik,
5. Dipermudahkan urusan diri, dan dapat juga memudahkan urusan orang lain.
6. Diberi kelapangan masa, keberkatan dalam rezeki.
7. Dan, semua yang baik-baik.

Aamiin. Terima kasih kerana sudi membaca. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...