January 01, 2016

SSO ( Single Sign On)

MAKLUMAN DARI PENTADBIR SEKOLAH PADA 1.1.2016 KEPADA SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SMKTD

HARAP YG INI DPT MERINGANKAN TUGAS

Mohon kerjasama semua guru dan akp utk ambil tindakan perkara di bawah. Modul SSO akn mula beroperasi 1 Disember 2015. Utk mengelak kesulitan, diminta bertindak segera.
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Makluman penting dari pihak KPM mewajibkan semua guru dan staf sekolah mmbuat pendaftaran id dan password didalam sistem SSO(Single Sign On) yang mana sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya pada awal tahun 2016. Sehubungan dgn itu disini saya sertakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran SSO.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON (SSO) BAGI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015
PENTADBIR, GURU & BUKAN GURU
PENDAFTARAN ID & PASSWORD SSO

1.  LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (PAPARAN LAMA) DI URL BERIKUT:
https://sps1.moe.gov.my/
2. Klik menu log masuk
3. Keluar 3 menu utama: PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN GURU (EOPERASI), PENGURUSAN MURID   (APDM)
4. Pilih dan Klik Menu PENGURUSAN GURU
5. Paparan eoperasi muncul
6. Masukkan ID dan Password e-operasi.
7. Apabila berjaya log in. ada button DAFTAR SSO disebelah kiri. Klik DAFTAR SSO.
8. Klik DAFTAR SSO SEKARANG
9. No. KP sedia ada. Cipta baru kata laluan (campur huruf & angka), sahkan kata laluan dan masukkan email (pastikan email yang aktif sahaja)
10. Klik daftar
11. Paparan muncul bersama url berikut
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
12. Klik log masuk
13. Masukan No. KP dan Kata laluan yang telah didaftarkan tadi
14. Klik log masuk
15. Klik menu untuk paparan system
16. Muncul 3 menu utama : Pengurusan sekolah, pengurusan guru dan Pengurusan Murid.
17. Cikgu boleh cuba log in guna password yang sama dalam Pengurusan Murid (APDM) bagi guru tingkatan.

~~~
Untuk makluman guru yang telahpun berjaya mendaftar, SSO ini hanya memerlukan IC dan password (satu sahaja) untuk menghubungkan kita dengan semua link kementerian seperti SPLG, E-operasi. eg-Tukar dan lain-lain.

Memang memudahkan dan tidak perlu lagi ingat pelbagai password untuk pelbagai login.

:) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...