July 26, 2009

Pemantauan PBS pada 23 Julai 2009.

Pada 23 Julai 2009, Khamis yang lalu, pemantauan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) oleh Pentaksir Negeri Selangor bagi matapelajaran KHB-PK dan KHB-KT telah dijalankan di sekolah saya.

Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh :

  1. Encik Zulkifli bin Mohd Salleh (Pentaksir Negeri KHB-PK),
  2. Encik Jamil bin Ghafor Khan (Pentaksir Negeri KHB-KT) dan
  3. Encik Hafandi bin Basri (Ketua Pentaksir Kawasan daerah Kuala Langat
Pemantauan ini bertujuan untuk :
  1. Memastikan perlaksanaan program PBS berjalan lancar.
  2. Memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.
  3. Untuk mendapatkan maklumat pelaksanaan program PBS dan menyampaikan laporan kepada urusetia di JPN.
Encik Zulkifli dan Encik Jamil sedang meneliti Fail Pengurusan yang disediakan.
Encik Zulkifli memberi penerangan ringkas tentang cara penyimpanan evidens yang betul kepada Encik Zori (Guru KHB-KT)
Pada pendapat saya, hasil dari pemantauan pihak pentaksir negeri, didapati :
  1. Pemantauan ini lebih kepada 'spot-check', kerana ia tidak dimaklumkan dan pemilihan sekolah secara rawak.
  2. Fail induk dan fail pengurusan bagi setiap matapelajaran (KHB-KT, KHB-ERT, KHB-PN dan KHB-PK) perlu disediakan dan lengkap.
  3. Pemantauan ini hanya untuk melihat pengurusan fail.
  4. Pihak Pentadbir Sekolah perlu mengetahui perjalanan PBS ini dengan tepat dan betul.
  5. Secara keseluruhannya, jika kita telah melengkapkan semua dokumen yang perlu dengan betul, kemungkinan tidak ada sebarang masalah. Kebaikannya, kita dapat maklumat yang lebih tepat tentang perjalanan program PBS ini.
Terima kasih kepada Pentaksir Negeri Selangor yang sudi berkunjung ke sekolah saya. Segala maklumat dan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas ini. Terima kasih kepada guru KHB-KT (Encik Zori bin Harun) dan guru KHB-PK (Cik Nurhayati binti Hamzah) kerana telah menyediakan fail pengurusan yang agak lengkap. Terima Kasih juga kepada GKB Teknik dan Vokasional Puan Noriza binti Awang yang sudi menunggu bersama dalam pemantauan PBS ini dan belanja kami makan tengah hari.
:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...