Pengenalan :
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3) telah didedahkan kepada Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah sejak tahun 1997. Pertandingan ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan tajaan Nestle Product Sdn. Bhd. sedikit sebanyak telah dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat pelajar memilih elektif, khususnya dalam bidang berkaitan dengan masakan.
Objektif :
- memupuk minat suka memasak
- mencungkil bakat / kreativiti pelajar
- menjadikan bidang masakan sebagai satu kerjaya
- memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
- menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan
Pada 30 Jun 2009, hari Selasa dan bertempat di SMK Tanjung Sepat, telah diadakan Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun 2009. Dalam pertandingan ini, 12 sekolah yang mempunyai pilihan KHB-ERT wajib menghantar wakil ke peringkat daerah. Namun begitu, terdapat 3 buah sekolah yang tidak menyertainya.
Sekolah yang terlibat ialah :
- SMK Tanjung Sepat
- SMK Batu Laut
- SMK Jugra
- SMK Telok Datok
- SMK Banting
- SMK Sungai Manggis
- SMK Bukit Changgang
- SMK Telok Panglima Garang
- SMK Sijangkang Jaya
Sekolah yang tidak menyertai :
- SMK Jenjarom
- SMK Sultan Abdul Samad
- SMK Bandar Banting
Keputusan :
PERTAMA : SMK TANJUNG SEPAT
KEDUA : SMK TELOK PANGLIMA GARANG
KETIGA : SMK TELOK DATOK
Peserta dari SMK Telok Datok ialah :
- Norsyuhada binti Abdul Aziz
- Deborah
- Tan Sze Jing
Guru Pengiring :
- Puan Norliza binti Jais (mengajar KHB-ERT tingkatan 3)
- Cik Nurhayati binti Hamzah (mengajar KHB-ERT tingkatan 1 dan 2)
Gambar-gambar yang diambil semasa pertandingan :
2 comments:
Tahniah ! Kepada Norsyuhadah, Deborah dan Tan Sze Jing, lepas ni rajin-rajin la ke dapur ye.. you all ada bakat terpendam sebenarnya.
Salam..
Tahniah kepada cikgu dan syabas kepada pelajar kerana bersungguh-sungguh.
Post a Comment