June 25, 2011

Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011

PANGKOR 20 - 22 Jun 2011: Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011 telah diadakan di Purnama Beach Resort, Pangkor Perak Darul Ridzuan. Kursus ini disertai oleh barisan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan barisan pentadbir baharu sekolah menengah dan rendah Daerah Kuala Langat.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Diharapkan agar kursus yang dijalankan adalah untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada pentadbir baharu tentang pentadbiran sekolah seterusnya mewujudkan peningkatan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

* gambar-gambar dan petikan diatas diambil dari laman web PPD Kuala Langat

Pada 16 Jun 2011, lantikan saya kepada GKMP Teknik & Vokasional baru menggantikan Puan Noriza Awang yang telah mendapat kenaikan DG48 melalui Tingkatan 6. Semoga tanggungjawab ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya serta mendapat kerjasama dari semua pihak khususnya panitia-panitia di bawah bidang Teknik & Vokasional.

Terima Kasih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...