TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

March 13, 2012

Perodua Alza M2 Edition

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :) KLIK DI SINI

******* 
 
Perodua telah mula mengambil tempahan untuk varian terbaru edisi istimewa, Perodua Alza M2 Edition, seperti mana dipaparkan di dalam laman web rasmi mereka. Harga untuk Alza M2 1.5L ZHP ini ditetapkan sebanyak RM69,990.00 (harga atas jalan termasuk insuran) di Semenanjung Malaysia.
Perodua Alza M2 Edition masih mengekalkan enjin 1.5 liter (automatik) sama seperti varian Perodua Alza yang lain, namun tampil dengan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran menarik. Antaranya ialah pengenalan warna baru Midnight Blue dan dilekatkan ‘grademark’ M2 Edition di pintu bonet belakang dan di bahagian kerusi depan. Karpet lantai juga direka dengan sentuhan baru, menyerlahkan lagi gaya eksklusif model ini.



Alza M2 Edition turut dilengkapi kit badan penuh seperti Alza Advanced Version, dan kali ini ditampilkan unit navigasi GPS dengan kamera undur belakang (reverse camera), cermin dipasang penebat haba (tinted glass) yang mampu membalikkan pancaran UV cahaya matahari sehingga 91 peratus. Kerusi dibalut kulit dengan dua tona warna dan kemasan mewah.
Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, Perodua Alza M2 Edition hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja.

sumber :  http://www.arenakereta.com/20/05/2011/perodua-alza-m2-edition-sudah-boleh-ditempah-harga-rm69990-00/

3 comments:

Norliza said...

bakal pengganti naza citra..

Norliza said...

Hari ni bw alza m2ezi

Anonymous said...

salam. lama tak sembang sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...