TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

March 12, 2012

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya..

Assalamualaikum..

Menulis tajuk untuk entri kali ni, hati mula rasa sedih.. mana tak sedihnya.. Cuti sekolah pertengahan penggal pertama 2012 yang sepatutnya menggembirakan, sudah ditimpa musibah.. Ikut perancangan awal, hari Ahad nak balik Kampung di Johor. Tiba-tiba pulak hari Sabtu kereta masuk bengkel. Kena tarik pulak tu sebab enjinnya tak nak hidup..Kereta Naza Citra ni baru je 4 tahun, tapi selalu je rosak.. macam-macam la penangan kereta ni.. Sabar je la..Rasa macam nak tukar kereta lain je.. Bayangkan , dari hari Sabtu sampai hari Selasa baru kereta ni siap repair.. Kosnya RM1020..macam nak pengsan! Minggu lepas baru je bayar road tax n insurans RM1227.50. Kali ni memang menguji kesabaran betul!.....

Jadi, sepanjang cuti ni nak buat apa ye ?.. Cuti suami pun dah tangguh!  ...sebabnya ...kereta ni punya pasallah..Tapi, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.. mungkin saya belum sedar. Anak-anak pun bisinglah. Bila nak balik kampung ni.. nak bawa kereta sendiri, tak berani lah pulak..Takpe la.. balik kampung hujung bulan ni je..rindu semua yang kat kampung..

Masa yang ada ni, mula lah nak update blog..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog, beberapa hari ni saya ada mengubahsuai isi kandungan entri berkaitan e-book.. Jika ada yang pernah membacanya.. tentu akan dapati isinya berubah kan! Sebelum ini, Santai Minda yang saya gunakan dari tahun 2009 dalam bentuk buku sahaja. Sejak bulan Januari 2012, saya mula menjual bahan P-P iaitu E-book (Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan kombinasi (BESTARI).. Biasanya semua bahan P-P saya upload percuma untuk semua yang memerlukan. Tapi untuk E-Book, saya menjualnya kerana ia adalah bahan yang mempunyai hak cipta dan saya mengambil masa dan pengorbanan yang banyak untuk menghasilkannya..

Mulanya, saya meminta cikgu membayar dulu sebelum menerima e-book,... tetapi saya berubah fikiran..dan memberi kepada sesiapa sahaja yang mengisi borang pesanan dengan syarat menyemak dahulu dan kemudian membuat pembayaran. Menakjubkan !..Memang mendapat sambutan!.. Tapi malangnya tak ramai yang ingin membuat pembayaran.. (mungkin isi kandungannya kurang berkualiti kot atau mungkin harganya mahal.. tapi saya sendiri belum pernah jumpa BBM dalam bentuk softcopy dengan nilai bawah dari RM100..).. 

Hati mulalah berkata-kata..'sebenarnya bahan saya ni bagus ke tidak.. Kalau tak bagus kenapa cikgu yang membelinya tidak mahu berikan maklumbalas!..'... Jadi, pada waktu tengah hari, saya pun mengubah suai lagi entri berkaitan e-book. Saya meminta cikgu membuat pembayaran dahulu, kemudian barulah saya menghantar ebook tersebut....

Sepanjang petang ni, saya rasa macam tak sihat.. mulalah terfikir {kalaulah, ada cikgu yang telah buat pembayaran dan tiba-tiba saya ni meninggal pulak dan tak sempat nak email e-book tu,, macam mana ye? nak suruh suami, bukannya dia tahu hal-hal ebook ni..} ishhh..tak boleh jadi ni..  kena ubah strategi..
Akhirnya.. saya kembali ke strategi jualan yang lama iaitu ;

1. Cikgu isi dulu borang pesanan..
2. Saya hantar email e-book dengan password..
3. Cikgu semak dan buatlah keputusan..
4. Lepastu jika setuju.. barulah buat pembayaran..
5. Jika cikgu terlupa...kalau saya rajin, saya sms la..kalau tak.. saya halalkan saja la ilmu tu.

Jadi, pada malam yang sepi ni.. saya ubah lagi kandungan entri berkaitan e-book. jika selepas ini ada yang membacanya dan berminat.. isilah borang pesanan tu. Tentang rezeki tu, biarlah Allah s.w.t yang menentukannya..

sekian.. luahan untuk kali ini.. terima kasih..

:)




1 comment:

Norliza said...

Kepada yang telah membuat pembayaran, saya ucapkan terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...