Hey, I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android. It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia! WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan. Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
October 31, 2012
October 25, 2012
Subhanallah...
Nampak tak kalimah Allah di dlm gambar?
Gambar ni diambil semasa saya ke Kelantan bulan September 2012 lalu. Lokasi Pantai cahaya bulan.. Pukul 10.00 pagi.
Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. "semoga apa saja pengorbanan yang dilakukan adalah kerana Allah swt dan berdoalah agar sentiasa dalam rahmat-Nya".
Gambar ni diambil semasa saya ke Kelantan bulan September 2012 lalu. Lokasi Pantai cahaya bulan.. Pukul 10.00 pagi.
Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. "semoga apa saja pengorbanan yang dilakukan adalah kerana Allah swt dan berdoalah agar sentiasa dalam rahmat-Nya".
October 22, 2012
Kedai Blog sebagai pendapatan sampingan
Assalamualaikum,
Tentu anda sendiri pernah terbaca atau mungkin pernah membeli ebook "bagaimana membuat blog", "bagaimana membuat blog di samping menjana pendapatan" dan apa-apa sahaja tentang cara membuat blog kan. Tahukah anda, di negara Barat, sekeping dokumen pun dijual untuk mendapatkan pendapatan sampingan!
Jika sebut tentang pendapatan sampingan, tentu ramai yang berminat dan tertarik tetapi tidak tahu caranya. Saya bukanlah nak mempromosi tentang blog ini tetapi mungkin boleh dikongsi. Mulakan dengan membina blog yang mempunyai banyak keperluan dan seiring dengan hobi kita contohnya koleksi gambar permandangan, kereta, makumat pemakanan dan sebagainya.
Tentang maklumat pemakanan, kita boleh buat pelbagai jenis bahan ilmiah berkaitan kesihatan, resepi peribadi dan koleksi gambar. Tahukah anda bahan ini amat diperlukan oleh sebilangan peminat. Saya sendiri menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah.. Mula-mula memang mengambil masa dan agak sukar untuk menyediakannya, tetapi akhirnya tentu kita akan berpuas hati dan merasakan bahan ini perlu dikongsikan dan dikenakan sedikit bayaran untuk kos bahan, upah dan sampingan.
Begitulah ceritanya..
October 18, 2012
October 16, 2012
Teknologi Lama dan Baru...
Assalamualaikum buat pengunjung blog..
Nampaknya dah reda debaran PMR 2012, dan sekarang tiba masa memenuhi aktiviti selepas PMR untuk murid walaupun sebenarnya saya percaya banyak sekolah yang mengalami kehadiran murid yang tak berapa penuh. tapi, aktiviti tetap dibuat kan!!! Cuma tinggal tiga minggu lagi sebelum debaran SPM pula bermula..
Coretan saya kali ini lebih kepada teknologi dan gajet terkini yang kian melanda masyarakat kita. Mana-mana kita pergi, tetap kelihatan anak-anak muda sibuk dengan gajet terkini.. malah bukan anak muda saja, saya juga antara yang tidak mahu ketinggalan dalam kelompok ini...hehe
Saya sangat yakin, pengunjung blog ini kebanyakannya dari kalangan murid dan guru.. tahukah kalian bahawa latihan interaktif yang saya selalu upload menjelang peperiksaan tu boleh dijana menggunakan telefon android!.. aplikasi penggunaannya sama seperti laptop atau PC biasa.. Ini lah inovasi dalam teknologi perhubungan kan.. sangat mengagumkan.
Tapi, alangkah ruginya jika kita sebagai golongan pendidik menolak kemajuan ini dan masih lagi ditakuk lama. Bukan memperlekehkan kemudahan sedia ada, cuma sekadar ingin berkongsi ilmu bagaimana ingin menarik perhatian murid yang semakin cerdik sebelum usianya..
Dalam kelas pun saya tunjukkan bagaimana menggunakan bahan P&P dari blog ini terus ke telefon pintar mereka. Bukan sesuatu yang pelik jika saya katakan setiap anak didik kita pasti mempunyai sebuah telefon bimbit, malah mungkin lebih dari satu dan lebih canggih daripada kita...
Oleh itu, sebagai seorang pendidik saya sangat berharap agar rakan -rakan seperjuangan serta saya sendiri agar dapat menangani zaman teknologi yang serba canggih ini dengan penuh dedikasi.. selamat bercuti (walaupun sebenarnya banyak tugas yang perlu diselesaikan)..
Sumber maklumat tentang android : http://busuk.org/ping/view/63782
Ramai yang pakai phone android ni tapi tak ramai yang tahu kelebihan android berbanding dengan phone-phone lain.Ok kat bawah ni disenaraikan beberapa kelebihan android nih.
Skrin Sesentuh Lebih Sensitif
kalau sebelum nih pakai phone skrin sesentuh yang
bukan daripada android maka kita akan dapat merasai perbezaannya.Bagi
yang berjari besar memang menjadi satu masalah dengan skrin yang kurang
sensitif terhadap jari.Tetapi dengan android tiada masalah kepada
penggunanya yang berjari besar kerana skrin sesentuhnya lebih sensitif
terhadap sentuhan jari.
Kemudahan Muat Turun Applikasi
Android menyediakan kepada penggunanya beribu applikasi
yang dapat dimuat turun melalui android market sama ada secara percuma
mahu pun berbayar. Kalau nak jimat duit, download jelah yang
percuma.
Internet yang laju
Kita boleh melayari internet dengan lebih laju
berbanding dengan phone biasa.Kelajuan mengakses internet di android
sama seperti kelajuan melayari internet di laptop.
Kemudahan Bersosial
Bagi yang memang hantu fb ke tweet ke sesuai la dengan
android ni sebab dengan sentuh je ikon social networking tu terus boleh
guna kan senang macam tu. Kalau ada blog seperti saya pun senang, muat turun aplikasi blogger dari play store secara percuma..
---> Banyak lagi sebenarnya kelebihan android ni.. memang berbaloi jika memilikinya.
TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2013
Jadual persekolahan 2013 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my). Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu )
bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad (Kumpulan A) manakala bagi negeri
yang hari minggunya Jumaat dan Sabtu (Kumpulan B) , sekolah akan mula dibuka pada 1hb Januari 2013 ( Selasa ).
Takwim Sekolah 2013 ini sebenarnya sangat penting untuk merancang sebarang aktiviti yang melibatkan cuti yang panjang :
- Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 (Ahad & Isnin)
- Hari Raya Puasa - 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
- Hari Raya Qurban - 15 Oktober 2013 (Selasa)
Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :
Negeri-negeri yang bercuti pada Tahun Baru 2013 – W.P Kuala Lumpur,
W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.
Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my
Walaupun sibuk dalam merancang untuk aktiviti tahun hadapan, perlu
juga kita merancang kewangan supaya tidak mengalami kejutan dengan
perbelanjaan yang kian meningkat. Mulakan untuk berbisnes secara
sambilan tanpa mengganggu tugas harian kita. Mudah dan santai..Cubalah!
"Bisnes umpama pokok, perlu semai benih dulu dan makan masa utk dapat hasil. Bila dah berhasil baru terasa kenikmatannya. Oleh itu bersabarlah. Tambahan pula dgn SAP, promosi yang dijalankan adalah 100% FULLY AUTOMATED! Cubalah..!" -petikan dari status dalam auto-post facebook yang menggunakan modul SAP..
DAPATKAN JAWAPANNYA...
KLIK DI SINI
October 09, 2012
PEPERIKSAAN PMR 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Hari ini Selasa, 9 Oktober 2012 bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi murid tingkatan 3 tahun 2012. Di kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan sabar. Peperiksaan ini merupakan satu langkah untuk mengukur prestasi pencapaian murid sepanjang pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3. Namun begitu, satu lagi perkara yang perlu dipikul murid itu sendiri ialah tanggungjawab kepada ibu bapa, guru serta sekolah yang sangat mengharapkan pencapaian cemerlang daripada murid-murid ini.
Besar sungguh pengorbanan yang perlu murid ini lakukan, bayangkan jika seorang murid mengambil 10 mata pelajaran dan membuat ulangkaji dari tingkatan 1 hingga 3. Tentu agak membebankan. Tapi, murid-murid janganlah risau dan rasa tertekan.. Tentunya pelbagai motivasi, teknik dan nasihat telahpun diberikan sejak dari awal lagi dengan tujuan untuk mengatasi rasa tekanan dalam kalangan kalian. Gunakanlah teknik tersebut dengan bijak agar peperiksaan yang akan dilalui ini dapat di atasi dengan sebaiknya.
Akhirnya, cikgu sendiri dan pastinya ibu bapa serta guru-guru sentiasa mendoakan kecemerlangan dalam apa jua yang akan ditempuhi oleh anak didik sekalian. Selamat menduduki peperiksaan PMR dan mendapat kejayaan yang diimpikan..
Terima kasih..
Hari ini Selasa, 9 Oktober 2012 bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi murid tingkatan 3 tahun 2012. Di kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan sabar. Peperiksaan ini merupakan satu langkah untuk mengukur prestasi pencapaian murid sepanjang pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3. Namun begitu, satu lagi perkara yang perlu dipikul murid itu sendiri ialah tanggungjawab kepada ibu bapa, guru serta sekolah yang sangat mengharapkan pencapaian cemerlang daripada murid-murid ini.
Besar sungguh pengorbanan yang perlu murid ini lakukan, bayangkan jika seorang murid mengambil 10 mata pelajaran dan membuat ulangkaji dari tingkatan 1 hingga 3. Tentu agak membebankan. Tapi, murid-murid janganlah risau dan rasa tertekan.. Tentunya pelbagai motivasi, teknik dan nasihat telahpun diberikan sejak dari awal lagi dengan tujuan untuk mengatasi rasa tekanan dalam kalangan kalian. Gunakanlah teknik tersebut dengan bijak agar peperiksaan yang akan dilalui ini dapat di atasi dengan sebaiknya.
Akhirnya, cikgu sendiri dan pastinya ibu bapa serta guru-guru sentiasa mendoakan kecemerlangan dalam apa jua yang akan ditempuhi oleh anak didik sekalian. Selamat menduduki peperiksaan PMR dan mendapat kejayaan yang diimpikan..
Terima kasih..
October 06, 2012
JADUAL PMR 2012
Anda tak perlu ke mana2, tak perlu jumpa
orang, tak perlu duduk depan laptop, tak perlu follow step2 TAPI boleh
dapat income. Menarik bukan? Berminat? Jom join sekarang,
KLIK DI SINI
KLIK DI SINI
-status facebook hari ini
*****USAHA TANGGA KEJAYAAN******
October 04, 2012
Teknik menjawab soalan KHB
Teknik yang paling sesuai semasa menjawab soalan objektif adalah :
1. Dengan cara memotong pilihan jawapan yang salah...dengan mengetepikan beberapa pilihan yang secara jelasnya salah dapat mengurangkan pilihan jawapan yang ada...jadi peratus pilihan jawapan yang betul akan semakin besar...
2. Namun begitu cara yang paling berkesan adalah pemahaman kita berkenaan dengan kehendak soalan dan pemahaman kita mengenai topik yang disoal...jika kita paham...sebarang soalan tak akan menjadi masalah lagi...
3. Jika soalan menghendaki menyusun langkah.. pastikan kita yakin dengan 2 perkara utama.. iaitu langkah pertama dan langkah terakhir sahaja.. kemudian rujuk pada jawapan yang diberikan..
kemungkinan besar hanya ada satu jawapan sahaja.. maka itulah jawapannya.
4. Jika soalan menghendaki pernyataan yang manakah benar.. dan anda benar-benar keliru dengan jawapan yang diberikan.. pilih sahaja jawapan yang paling panjang.. mungkin itu jawapannya..
5. Jika anda seorang yang sangat malas.. dan hanya bergantung kepada nasib sahaja.. insaflah... namun begitu, ada satu teknik yang mungkin berkesan iaitu... jawablah jawapan AAAAA untuk semua 60 soalan yang ada.. haha.. gurau je... tapi, boleh cuba!
October 02, 2012
Testimoni SAP..
Email yang diterima hari ini.. ------>
Atas permintaan tuan dalam aturan profil tuan, RM40.00 telah pun dikredit ke akaun Maybank tuan bernombor XXXXXXX.
PENTING!!:
Sila ceritakan manfaat yang tuan dapat ini dalam laman Facebook kami seperti berikut:
http://www.facebook.com/ibct.
Semoga testimoni tuan itu nanti bakal memberi lebih manfaat kepada tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Pengurusan
IBCT Enterprise
*****
Pengeluaran dari akaun IBCT ke maybank untuk kali kedua...
Walaupan bukan beribu ringgit.. tapi masih mendatangkan hasil..
Apa tunggu lagi.. mulakannya hari ini untuk kesenangan masa depan..
Subscribe to:
Posts (Atom)