Teknik yang paling sesuai semasa menjawab soalan objektif adalah :
1. Dengan cara memotong pilihan jawapan yang salah...dengan mengetepikan beberapa pilihan yang secara jelasnya salah dapat mengurangkan pilihan jawapan yang ada...jadi peratus pilihan jawapan yang betul akan semakin besar...
2. Namun begitu cara yang paling berkesan adalah pemahaman kita berkenaan dengan kehendak soalan dan pemahaman kita mengenai topik yang disoal...jika kita paham...sebarang soalan tak akan menjadi masalah lagi...
3. Jika soalan menghendaki menyusun langkah.. pastikan kita yakin dengan 2 perkara utama.. iaitu langkah pertama dan langkah terakhir sahaja.. kemudian rujuk pada jawapan yang diberikan..
kemungkinan besar hanya ada satu jawapan sahaja.. maka itulah jawapannya.
4. Jika soalan menghendaki pernyataan yang manakah benar.. dan anda benar-benar keliru dengan jawapan yang diberikan.. pilih sahaja jawapan yang paling panjang.. mungkin itu jawapannya..
5. Jika anda seorang yang sangat malas.. dan hanya bergantung kepada nasib sahaja.. insaflah... namun begitu, ada satu teknik yang mungkin berkesan iaitu... jawablah jawapan AAAAA untuk semua 60 soalan yang ada.. haha.. gurau je... tapi, boleh cuba!
No comments:
Post a Comment