Assalamualaikum,
Tentu anda sendiri pernah terbaca atau mungkin pernah membeli ebook "bagaimana membuat blog", "bagaimana membuat blog di samping menjana pendapatan" dan apa-apa sahaja tentang cara membuat blog kan. Tahukah anda, di negara Barat, sekeping dokumen pun dijual untuk mendapatkan pendapatan sampingan!
Jika sebut tentang pendapatan sampingan, tentu ramai yang berminat dan tertarik tetapi tidak tahu caranya. Saya bukanlah nak mempromosi tentang blog ini tetapi mungkin boleh dikongsi. Mulakan dengan membina blog yang mempunyai banyak keperluan dan seiring dengan hobi kita contohnya koleksi gambar permandangan, kereta, makumat pemakanan dan sebagainya.
Tentang maklumat pemakanan, kita boleh buat pelbagai jenis bahan ilmiah berkaitan kesihatan, resepi peribadi dan koleksi gambar. Tahukah anda bahan ini amat diperlukan oleh sebilangan peminat. Saya sendiri menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah.. Mula-mula memang mengambil masa dan agak sukar untuk menyediakannya, tetapi akhirnya tentu kita akan berpuas hati dan merasakan bahan ini perlu dikongsikan dan dikenakan sedikit bayaran untuk kos bahan, upah dan sampingan.
Begitulah ceritanya..
No comments:
Post a Comment