TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

October 16, 2012

Teknologi Lama dan Baru...

Assalamualaikum buat pengunjung blog..

Nampaknya dah reda debaran PMR 2012, dan sekarang tiba masa memenuhi aktiviti selepas PMR untuk murid walaupun sebenarnya saya percaya banyak sekolah yang mengalami kehadiran murid yang tak berapa penuh. tapi, aktiviti tetap dibuat kan!!! Cuma tinggal tiga minggu lagi sebelum debaran SPM pula bermula..

Coretan saya kali ini lebih kepada teknologi dan gajet terkini yang kian melanda masyarakat kita. Mana-mana kita pergi, tetap kelihatan anak-anak muda sibuk dengan gajet terkini.. malah bukan anak muda saja, saya juga antara yang tidak mahu ketinggalan dalam kelompok ini...hehe

Saya sangat yakin, pengunjung blog ini kebanyakannya dari kalangan murid dan guru.. tahukah kalian bahawa latihan interaktif yang saya selalu upload menjelang peperiksaan tu boleh dijana menggunakan telefon android!.. aplikasi penggunaannya sama seperti laptop atau PC biasa.. Ini lah inovasi dalam teknologi perhubungan kan.. sangat mengagumkan.

Tapi, alangkah ruginya jika kita sebagai golongan pendidik menolak kemajuan ini dan masih lagi ditakuk lama. Bukan memperlekehkan kemudahan sedia ada, cuma sekadar ingin berkongsi ilmu bagaimana ingin menarik perhatian murid yang semakin cerdik sebelum usianya..

Dalam kelas pun saya tunjukkan bagaimana menggunakan bahan P&P dari blog ini terus ke telefon pintar mereka. Bukan sesuatu yang pelik jika saya katakan setiap anak didik kita pasti mempunyai sebuah telefon bimbit, malah mungkin lebih dari satu dan lebih canggih daripada kita...

Oleh itu, sebagai seorang pendidik saya sangat berharap agar rakan -rakan seperjuangan serta saya sendiri agar dapat menangani zaman teknologi yang serba canggih ini dengan penuh dedikasi.. selamat bercuti (walaupun sebenarnya banyak tugas yang perlu diselesaikan)..
 




Sumber maklumat tentang android : http://busuk.org/ping/view/63782

Ramai yang pakai phone android ni tapi tak ramai yang tahu kelebihan android berbanding dengan phone-phone lain.Ok kat bawah ni disenaraikan beberapa kelebihan android nih.



Skrin Sesentuh Lebih Sensitif 



kalau sebelum nih pakai phone skrin sesentuh yang bukan daripada android maka kita akan dapat merasai perbezaannya.Bagi yang berjari besar memang menjadi satu masalah dengan skrin yang kurang sensitif terhadap jari.Tetapi dengan android tiada masalah kepada penggunanya yang berjari besar kerana skrin sesentuhnya lebih sensitif terhadap sentuhan jari.

Kemudahan Muat Turun Applikasi



Android menyediakan kepada penggunanya beribu applikasi yang dapat dimuat turun melalui android market sama ada secara percuma mahu pun berbayar. Kalau nak jimat duit, download jelah yang percuma.

Internet yang laju


Kita boleh melayari internet dengan lebih laju berbanding dengan phone biasa.Kelajuan mengakses internet di android sama seperti kelajuan melayari internet di laptop.

Kemudahan Bersosial

Bagi yang memang hantu fb ke tweet ke sesuai la dengan android ni sebab dengan sentuh je ikon social networking tu terus boleh guna kan senang macam tu. Kalau ada blog seperti saya pun senang, muat turun aplikasi blogger dari play store secara percuma..

---> Banyak lagi sebenarnya kelebihan android ni.. memang berbaloi jika memilikinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...