TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 15, 2013

Kursus VLE FROG - LADAP 2 2013

sumber  : http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2012/09/frog-vle-panduan-untuk-guru-ibu.html

PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

*********
14.01.2013 saya telah menghadiri kursus VLE (Virtual Learning Environment). Objektif kursus pendek ini ialah untuk mendedahkan satu lagi teknologi baru dalam dunia pendidikan. Pada pendapat saya pengetahuan dan kefahaman setiap guru dalam teknologi pendidikan mestilah seiring dengan perkembangan teknologi semasa yang sangat drastik dan maju masa kini. Ia merupakan satu lagi pengalaman yang baru dalam transformasi pendidikan negara. Bagi saya yang sudah terbiasa dengan pengalaman membina blog, rasanya ia  agak mudah juga menguruskan program ni. Rasanya ia lebih mudah dari membina blog. 

Antara kekurangan program yang canggih ini ialah ia hanya dapat digunakan oleh warga SMK Telok Datok sahaja. Sepatutnya program yang baik ini boleh diakses oleh seluruh Malaysia agar semua bahan yang dibina oleh guru-guru dapat dikongsi oleh guru lain.

Mungkin ini baru permulaan. Cukuplah jika semua guru di sekolah ini mengetahui dan faham konsep VLE FROG ini (band 2).... lala ..lala

:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...