Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang memberi faedah kepada orang lain
3. Anak-anak soleh yang berdoa untuknya
."

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

LATIHAN INTERAKTIF 2014

LATIHAN SANTAI MINDA (TEKA SILANGKATA INTERAKTIF)

1. LATIHAN 1... sehingga 27.04.2014
2. LATIHAN 2... sehingga 27.04.2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

January 31, 2013

CONTOH DOKUMENTASI MODUL 4

January 29, 2013

Contoh produk sedia ada di pasaran


  • Gambar produk sedia ada di pasaran ini berkaitan dengan tempat meletakkan alatulis.
  • Pilih 3 sahaja yang berkaitan dan namakan produk ini.
  • Diharap gambar-gambar ini dapat membantu melengkapkan modul 4.
  • Sila rujuk ruangan sebelah kanan dan klik pada Modul 4 untuk melengkapkan modul 4.

:)

CONTOH LUKISAN KERJA UNTUK PROJEK REKACIPTA TINGKATAN 3

Lukisan kerja ini memudahkan proses pembinaan projek rekacipta
Hasilnya, projek lebih kemas dan cantik kerana perancangan dibuat sebelum pembinaan.



LUKISAN KERJA INI ADALAH EHSAN DARI SYARIKAT SENJASA (012-3227288)

January 22, 2013

Kursus VLE Pusingan kedua

Bertempat di SRJK(C) Peng Ming. Bermula pukul 2.00 petang - 6.00 petang.
sebilangan dari peserta kursus
fasilitator sedang menunjukkan cara menggunakan program ini
Peserta dari SMK Telok Datok (dari Kiri, Puan Noor Hashimah, Puan Fatimah dan Puan Norliza Jais)

January 17, 2013

Penataran PBS KHB TINGKATAN 2

Penataran PBS dalam kalangan guru-guru KHB dari Tingkatan 1 hingga 3 telah diadakan pada 12.01.2013 (LADAP 1). Membincangkan strategi peraksanaan PBS dan penerangan dengan lebih jelas tentang perlaksanaan PBS untuk tingkatan 2 bermula tahun 2013. Guru KHB Tingkatan 1 dan 2 dibekalkan dengan CD PBS yang mengandungi koleksi soalan KOD EVIDEN yang akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. (sumbangan dari cikgu sharifuddin)

Perbincangan bersama JU Daerah, Cik Nurhayati binti Hamzah
Puan Mashitah (Guru KHB-ERT Tingkatan 1 dan 2- Setiausaha Panitia KHB), Encik Zori (Guru KHB-KT Tingkatan 3) dan Puan Zaliha (Guru KHB-PN Tingkatan 1 dan 2)

BR1M di SMK Telok Datok

Pada hari ini , 17.01.2013 (Khamis) telah diadakan Majlis Penyampaian Khas Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013. Suasana yang begitu meriah ini berlangsung dari 1.30 petang hingga 2.30 petang bertempat di Dewan SMK Telok Datok. Agihan bantuan khas ini di sampaikan oleh YDP PIBG, Encik Johar bin Basar. Dianggarkan lebih RM200,000.00 akan diagihkan kepada keluarga murid sehingga 31.01.2013.


20130117_133911.jpg
Pancaran LCD  Majlis BR1M di SMK Telok Datok
20130117_133903.jpg
Dewan SMK Telok Datok dipenuhi oleh penjaga /ibubapa yang akan menerima bantuan RM100.00 bagi setiap murid


ALHAMDULILLAH.. MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR.
SEMOGA BANTUAN INI AKAN BERTERUSAN.

January 15, 2013

Kursus VLE FROG - LADAP 2 2013

sumber  : http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2012/09/frog-vle-panduan-untuk-guru-ibu.html

PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

*********
14.01.2013 saya telah menghadiri kursus VLE (Virtual Learning Environment). Objektif kursus pendek ini ialah untuk mendedahkan satu lagi teknologi baru dalam dunia pendidikan. Pada pendapat saya pengetahuan dan kefahaman setiap guru dalam teknologi pendidikan mestilah seiring dengan perkembangan teknologi semasa yang sangat drastik dan maju masa kini. Ia merupakan satu lagi pengalaman yang baru dalam transformasi pendidikan negara. Bagi saya yang sudah terbiasa dengan pengalaman membina blog, rasanya ia  agak mudah juga menguruskan program ni. Rasanya ia lebih mudah dari membina blog. 

Antara kekurangan program yang canggih ini ialah ia hanya dapat digunakan oleh warga SMK Telok Datok sahaja. Sepatutnya program yang baik ini boleh diakses oleh seluruh Malaysia agar semua bahan yang dibina oleh guru-guru dapat dikongsi oleh guru lain.

Mungkin ini baru permulaan. Cukuplah jika semua guru di sekolah ini mengetahui dan faham konsep VLE FROG ini (band 2).... lala ..lala

:-)

UJIAN TOPIKAL KONSUMERISME TINGKATAN 3

SELAMAT BELAJAR...

January 10, 2013

Mesyuarat PBS bil 1 Tahun 2013

Pada 9.1.2013 telah menghadiri mesyuarat pbs untuk kali pertama tahun 2013.
Membincangkan keputusan spbs bagi tahun 2012 dan perlaksanaannya pada tahun 2013.
Saya perlu menyediakan :
1. Surat lantikan pentaksir sekolah
2. Jadual perlaksanaan pbs
3. Carta organisasi..
:)

Contact me..

Hey, I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android. It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia! WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan. Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!

013-3407445.... Norliza

January 02, 2013

Perhimpunan Pertama Tahun 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Jadual ini penting untuk perancangan kewangan sepanjang tahun 2013

BULAN TARIKH NOTA
Januari 23 Januari 2013 (Hari Rabu)
Februari *25 Februari 2013 (Hari Khamis) Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac 25 Mac 2013 (Hari Isnin)
April 25 April 2013 (Hari Khamis)
Mei 23 Mei 2013 (Hari Khamis) Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun * 25 Jun 2013 Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai 25 Julai 2013 (Hari Khamis)
Ogos * 22 Ogos 2013 (Hari Khamis) Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September 25 September 2013(Hari Rabu) Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
Oktober 8 Oktober 2013 (Hari Selasa) Deepavali : 2 November 2013
November 25 November 2013
Disember * 18 Disember 2013 Hari Khamis : 25 Disember 2013)
Sumber : copy dari blog
http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/2012/11/jadual-gaji-2013-tarikh-pembayaran-gaji.html

January 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semoga di tahun baru ini menjanjikan kesejahteraan dan kesempurnaan dalam melaksanakan tanggung jawab seorang muslimah sejati.

Insyaallah.