Perkongsian ilmu ini berkaitan cara pembinaan item KHB mengikut format PT3. Untuk makluman, dapatan ini saya perolehi dari kursus yang dihadiri bersama rakan-rakan di negeri Selangor. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Sekiranya ada kekurangan dan perlu penambahbaikan, hubungi saya melalui norliza.jais@yes.my.
- Pilih konsep atau idea dan juga konstruk yang hendak diuji. Perlu diketahui / difahami adalah konstruk ; pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian.
- Tulis stem di sekitar idea yang dipilih ( jelas, tiada ‘window dressing’ )Stem boleh berbentuk soalan, pernyataan tidak lengkap atau pernyataan yang lengkap terhadap masalah yang hendak diselesaikan.
- Pastikan hanya ada satu jawapan. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.
- Set item ; Tentukan item-item yang dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari maklumat lain atau daripada item sebelumnya.
- Setiap item mestilah `independent’ ( distraktor dalam satu item tidak membantu untuk menjawab item yang lain)
- Tentukan matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan jangan ditambah tokok dengan perkara yang tidak perlu; jika item kritikal, pastikan item tidak dijawab dengan fakta semata.
- Jika
hendak membuat
item sukar, pastikan kesukarannya
kerana keperluan
calon membuat pemikiran
yang lebih
tinggi, bukan
kerana perkara yang disoal
tidak penting.
Tiada negatif berganda. - Opsyen homogenous – tidak memberi clue , tidak berbentuk `payung’, tidak menggunakan istilah umum seperti selalunya, hanya, kesemua, dan lain-lain. Tiada unsur bias jantina, bangsa, tempat dan bebas daripada isu politik, agama dan emosi
Berikut ialah kata tugas yang digunakan untuk pembinaan item :
Bil.
|
Kata Tugas
|
Respon yang diharapkan
|
1
|
Anggarkan
|
Memberi
nilai kuantitatif
berdasarkan
pengiraan atau
pertimbangan
|
2
|
Apakah
|
Memberi
maklumat
yang khusus / spesifik
|
3
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan
/ memberikan
penerangan
tentang cara/keadaan/langkah/kejadian
|
4
|
Bandingkan
|
Memberi
persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
|
5
|
Bariskan
(Pend.Islam)
|
Tuliskan
ayat dan meletakkan tanda bacaan
|
6
|
Berapakah
|
Memberi
kuantiti
|
7
|
Bezakan
|
Memberi
kelainan/ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
|
8
|
Bilakah
|
Menyatakan
masa/waktu
|
9
|
Binakan
(Matematik)
Binakan
(Biologi)
|
Melukis
rajah/sesuatu menggunakan
kaedah atau
alat geometri
Membuat
sesuatu menggunakan
kaedah tertentu
|
10
|
Bincangkan
|
Memberi
pandangan daripada
beberapa aspek
|
11
|
Buktikan
|
Menyatakan
kebenaran dengan
dalil/contoh/fakta
|
12
|
Cadangkan/
Syorkan/
Sarankan
|
Mengemukakan
sesuatu
idea / pendapat
|
13
|
Carikan
|
Memberi
jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas
|
14
|
Cerakinkan
|
Menghuraikan
sesuatu kepada
bahagian
|
15
|
Deduksikan
|
Membuat
kesimpulan
berdasarkan
sesuatu
|
16
|
Fokuskan
|
Menumpukan
kepada sesuatu
aspek
|
No comments:
Post a Comment