Tingkatan 3 Adil 2009. Pada masa ini, 50% pelajar hampir siap proses kemasan.
Sepatutnya pelajar memakai apron semasa kerja amali, tetapi disebabkan apron tersebut terlalu uzur, maka lebih selesa mereka bekerja tanpa memakainya..
Pelajar yang ramai serta ruangan kerja yang kecil memaksa pelajar ini membuat kemasan di laluan tepi bengkel. Cuaca hari ini panas, tetapi pengadang biru di sebelah menjadikan ruangan ini gelap dan lampu sentiasa dipasang.
Tew Pei Ni, ketua kelas ini selesa melunjurkan kakinya semasa amali walaupun keadaan ini adalah salah.
Untuk tatapan murid-murid Tingkatan 3 Adil, serta semua warga SMK Telok Datok.
- Disebabkan bangunan bersebelahan bengkel kayu logam ini akan dirobohkan, maka pengadang biru dipasang dan menjadikan laluan ke tempat ini agak gelap.
- Oleh kerana keadaan yang serba kekurangan ini, bengkel kayu yang sepatutnya menempatkan alatan dan bahan untuk kerja kayu, terpaksa juga digunakan untuk amali lain seperti jahitan dan masakan.
- Bengkel masakan dan jahitan yang dulunya cantik dan selesa kini telah tiada dan menumpang di bengkel kayu logam dan enjin.
- Diharap pelajar dan guru-guru dapat memahami keadaan ini, dan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya proses P & P dapat dijalankan dan kerja kursus dapat dilaksanakan dengan sempurna. Laksanakanlah tugas dengan penuh bertanggungjawab.
- Sama-samalah kita berdoa semoga bangunan baru itu cepat siap dan kita dapat laksanakan kerja kursus dan menjalankan P & P dengan rasa gembira....dan selesa.......
Pesanan : Ketua Panitia KHB, SMK Telok Datok.
2 comments:
Apabila dapat PCG nanti, saya akan beli apron baru untuk kegunaan pelajar semasa amali.
herm...blog cikgu best dan banyak memberi pertolongan kepada saya untuk membuat kerja kursus...
Post a Comment