TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

May 12, 2012

Kursus Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Online

Pada 12.5.2012, bertempat di Makmal Komputer 2, SMK Telok Datok telah diadakan Kursus Membina Bahan Pembelajaran dan Pengajaran Online untuk guru. Kursus ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Saya menghadiri kursus untuk Kumpulan 1. Penceramahnya ialah Guru ICT di sekolah saya iaitu Encik Zahari bin Rusdi. Banyak ilmu yang Cikgu Zahari berikan kepada kami, guru-guru SMKTD ni, terutama saya. Saya sangat bersyukur kerana dapat menghadiri kursus seperti ini kerana ia dapat menambah pengetahuan dalam bidang ICT.

Dalam zaman yang serba moden ni, setiap guru mestilah membekalkan diri dengan banyak info dan ilmu seiring dengan kemajuan teknologi. Apatah lagi, anak murid zaman sekarang, celik mata saja terus diperkenalkan dengan komputer, tab, I-phone dan lain-lain.  Oleh kerana kesedaran itu, saya cuba membina bahan P&P yang berunsurkan ICT. Seronok juga menghadiri kursus-kursus seperti ini. Dapat menambah pengetahuan di samping mempelajari pelbagai teknik membina bahan P&P.

Kepada anak murid cikgu, silalah buat latih tubi di atas berulang-ulang kali menjelang PPT ni.. Ok.. cikgu doakan semua berjaya dengan cemerlang !!!

 Yang baju oren ni, Cikgu Ng Chu Mooi, sebelahnya GKMP Bahasa Tn Hj Zakaria..
 Yang duduk depan saya ni GKMP Sains & Matematik, Pn Hj Norhashimah, sebelahnya Pn Hjh Samilah dan Pn Hjh Masliza
 Ni lah dia orang paling rajin dalam kelas, asyik salin nota je..
 khusyuk betullah..
 Depan ni, Pn Hidayah..yang baju biru tu Pn Zainab Bujang.. sebelahnya Pn Hjh Halijah
 Yang belakang sekali sebelah kanan, Cik Siti Fatimah (Guru ICT), depannya Datin Hajah Mulia, Pn Hjh Mai Zaiton
 Kena siapkan kerja masing-masing.. sebab tu, diam.
 Diorang la guru-guru Inovatif sekolah saya.. sanggup datang ke sekolah walaupun hari Sabtu dengan tujuan untuk mempelajari membina bahan P&P yang canggih..
 Inilah saya.. mesti hadir.. Jangan lepaskan peluang. belajar selagi terdaya
 Inilah cikgu ICT saya : Encik Zahari bin Rusdi yang banyak mengajar ilmu ICT pada saya dan rakan guru disekolah.
Telah mendapat Anugerah Guru Dalam ICT pada 2011.
 Sesi soal jawab.. memang banyak tak faham.. kursus ni pendek sangat.
 Terima kasih cikgu Zahari kerana mengajar kami.. murid2 yang nakal ni.
 yang paling banyak menyoal ; Cikgu Zakaria
 Yang sabar menjawab : Cik Siti Fatimah
Seronoknya hadir kelas hari ni.. banyak ilmu saya dapat.. Photoscape, photostory..
:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...