May 23, 2012

TAKLIMAT PBS PMR 2012 (KHB-ERT)

Pada 23 Mei 2012 saya telah menghadiri taklimat PBS untuk KHB-ERT PMR 2012. Selaku Ketua Pentaksir Kawasan di Daerah Kuala Langat, saya diberi tanggungjawab untuk memberi maklumat kepada Pentaksir Kawasan dan membincangkan tarikh yang sesuai untuk lawatan / pemantauan ke sekolah-sekolah yang dipilih.

Pemantauan ini akan dibuat mulai 25 Jun 2012 hingga 13 Julai 2012. Diharap ianya mendapat kerjasama yang baik dari semua guru.

Kepada semua Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan, berkerjalah dengan penuh keikhlasan dan sematkanlah integriti terhadap pekerjaan yang mulia ini. Sesungguhnya tugasan ini tidak dibayar dengan wang ringgit namun atas dasar tanggungjawab dan kepercayaan, maka tugas ini digalas tanpa sungutan.

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita dan memberkati apa jua yang kita lakukan dengan niat yang ikhlas. Wallahualam.

"/ .. Bulan Mei, jun dan Julai yang Sibuk..
Aku rindu Ramadhan al Mubarak...tenang..

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...