Terlalu banyak untuk dikongsikan di sini. Pada awal bulan ni, saya mendapat seorang pengetua baru iaitu Puan Soaidah binti Duriat menggantikan Tuan Haji Abdul Wahid bin Takat yang telah bertukar ke Shah Alam. Pada 5 mei yang lalu, telah diadakan majlis perpisahan dan persaraan Encik Abdullah bin Lebai Abas (PK HEM). Tapi saya tidak hadir ke majlis ini kerana balik ke kampung Sekinchan.
Setelah beberapa hari mengalami penderaan emosi akibat kesilapan sendiri, akhirnya dapat juga saya atasi masalah tersebut. Biasalah, setelah datang perkara-perkara baharu, maka sedikit-sedikit kita akan lupakan masalah yang lama.
Semenjak selesai Karnival Teknologi dan Vokasional, saya rasa tidak bersemangat untuk menambah bahan-bahan ilmiah ke dalam blog ini. Sekarang saya merasakan lebih suka untuk menulis catatan harian buat kenang-kenangan suatu masa kelak. Ini kerana ketidakpuashatian saya kepada keputusan Blog Pendidikan yang diumumkan semasa Karnival baru-baru ini.
Sekolah saya menghantar penyertaan yang paling banyak, namun tak satu pun terpilih untuk memenanginya. Jika dibuat penilaian semula, saya dapati blog pendidikan yang mendapat tempat ketiga hanya baru saja dibuat pada bulan April 2012, belum mempunyai pengikut dan tidak memenuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan hanya mempunyai sebanyak 12 entri sahaja. Jika dibanding dengan blog pendidikan lain, ada yang lebih baik daripadanya.
Memang sungguh menyedihkan. Rasanya lepas ni, agak sukar jugalah bagi saya untuk menghantar penyertaan pertandingan blog di kalangan guru-guru sekolah saya kerana mereka memang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Itulah luahan dari rakan-rakan sekolah saya..
Namun begitu, walau apapun keputusan yang telah diumumkan, ia masih tidak menghilangkan minat saya untuk menulis di blog ini. Seperti yang saya katakana tadi, menulis blog ni umpama kerja-kerja masa lapang saya serta coretan kenangan suatu masa nanti.
Wallahualam.
:)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
No comments:
Post a Comment