Gambar Kenangan: Guru-guru SMK Telok Datok 2012 |
Pada 16 Mei 2012 telah diadakan sambutan hari guru di sekolah saya, SMK Telok Datok. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"..2012
Apa maksudnya :
Guru Inovatif adalah
guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma
dalam konteks mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan
perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah
berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara,
dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang
paling kreatif dan berinovasi.
Namun, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia perlu dilakukan dengan adanya tolong menolong, perbincangan dalam term “TEAMWORK”.
sumber maksud tema : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=14379
Walaupun entri ini ditulis sehari selepas sambutan Hari Guru.. saya tetap ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua pendidik terutama cikgu-cikgu saya dari sekolah tadika, rendah, menengah, universiti.. dan sesiapa sahaja yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya selama ini. Jasamu sentiasa ku kenangi dan semoga Allah swt sentaiasa merahmati kalian. Al-Fatihah buat semua guru-guruku..
:)
No comments:
Post a Comment