TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 28, 2011

Nilai sebuah Blog..

www.norlizajais.blogspot.com is ranked #44,887 in Malaysia. Find pages about "Galeri Cikgu Khb Soalan Ramalan Khb (pmr)", "Galeri Cikgu Khb Tingkatan 3 Rekacipta".


Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 

December 17, 2011

TAKWIM BIDANG / PANITIA 2012

Takwim Bidang/ Panitia 2012 dalam power point agak sukar untuk diedit. Oleh itu, copy n paste page dalam power point ke excel. Kemudian edit dalam excel tu. 
Hasilnya lebih cantik dan kemas. Bila nak print, set print to one page.

December 12, 2011

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) KHB-KT / TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) : KHB-KT / TINGKATAN 1

DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) KHB-KT / TINGKATAN 1

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya 

Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya.. Nikmati pendapatan sampingan, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..! 



DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) : KHB-KT / TINGKATAN 1

Mulai tahun 2012, Dokumen Item Contoh (DIC) akan digunakan kepada murid Tingkatan 1 bagi mata pelajaran KHB. Di sini saya telah uploadkan dokumen yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah.

Semua dokumen yang saya upload ini diperolehi dari Taklimat yang diadakan oleh PPD Kuala Langat. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapatkan maklumat berkaitan Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. TQ

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) KHB-PN / TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) : KHB-PN / TINGKATAN 1

DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) KHB-PN / TINGKATAN 1

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya 

Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya.. Nikmati pendapatan sampingan, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..! 



DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) : KHB-PN / TINGKATAN 1

Mulai tahun 2012, Dokumen Item Contoh (DIC) akan digunakan kepada murid Tingkatan 1 bagi mata pelajaran KHB. Di sini saya telah uploadkan dokumen yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah.

Semua dokumen yang saya upload ini diperolehi dari Taklimat yang diadakan oleh PPD Kuala Langat. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapatkan maklumat berkaitan Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. TQ

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) KHB-PK / TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) : KHB-PK / TINGKATAN 1

DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) KHB-PK / TINGKATAN 1

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya 

Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya.. Nikmati pendapatan sampingan, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..! 



DOKUMEN ITEM CONTOH PENTAKSIRAN SEKOLAH : KHB-PK / TINGKATAN 1

Mulai tahun 2012, Dokumen Item Contoh (DIC) akan digunakan kepada murid Tingkatan 1 bagi mata pelajaran KHB. Di sini saya telah uploadkan dokumen yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah.

Semua dokumen yang saya upload ini diperolehi dari Taklimat yang diadakan oleh PPD Kuala Langat. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapatkan maklumat berkaitan Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

TQ,,,
Dic
View more presentations from norlizajais.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) KHB-ERT / TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH

DOKUMEN ITEM CONTOH (DIC) : KHB-ERT / TINGKATAN 1

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya 

Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya.. Nikmati pendapatan sampingan, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..! 


******************

Lembaran Evidens (Teras) dan (Elektif-ERT) adalah Bahan Dokumen Item Contoh (DIC) yang telah dibuat khas oleh Cikgu Woon dari SMK Pekan Nanas, untuk kegunaan murid-murid Tingkatan 1. Terima Kasih Cikgu dan saya amat menghargainya. Semoga dapat digunakan oleh rakan-rakan lain yang memerlukan 
Klik pada arrow Hijau untuk DOWNLOAD

DOKUMEN ITEM CONTOH : KHB-ERT TINGKATAN 1

Mulai tahun 2012, Dokumen Item Contoh (DIC)akan digunakan kepada murid Tingkatan 1 bagi mata pelajaran KHB. Di sini saya telah uploadkan beberapa dokumen yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah.

Semua dokumen yang saya upload ini diperolehi dari Taklimat yang diadakan oleh PPD Kuala Langat. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapatkan maklumat berkaitan Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. TQ.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang akan berkuatkuasa pada 01.01.2012 boleh dimuatturun dari laman web ini. http://www.jpa.gov.my/guru/index.html

BAHAN TAKLIMAT PADA 8/12/2011 - DI SHAH ALAM.

November 20, 2011

Program Cuti Sekolah Anak-anak Hujung Tahun 2012

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 

Cuti sekolah yang panjang... tentu banyak yang ingin dilakukan oleh anak-anak kita. Sebelum cuti lagi sudah merancang untuk bermain PSP sepanjang hari.. kemudian menjelang petang, bermain bola sepak..dan malam pula menonton televisyen. Saya mendengar perancangan adik-beradik yang seronok sangat ingin bercuti sambil tersenyum. Siapa sangka, rupanya emak dan abahnya pun ada merancang program untuk mereka.

     Seminggu sebelum cuti, saya maklumkan pada anak-anak ini bahawa mereka akan dihantar ke Program Tahfiz di Maahad tahfiz Ihya al-Ahmadi di Sungai Kelambu, Banting. Bercerita tentang tempat yang akan mereka tinggal selama satu bulan dan memerlukan ketabahan hati untuk berdikari sepanjang berada di sana, akhirnya saya berjaya memujuk anak-anak ini. Sehelai jubah putih untuk setiap seorang lengkap dengan kopiah merangsang anak-anak ini yang nampaknya tidak sabar-sabar untuk merasai suasana percutian mereka.

      Semoga anak-anakku mendapat satu pengisian hati dan rohani yang bermakna untuk bekalan dihari-hari yang akan dihadapi. Doa emak dan abah untuk anak-anakku, Muhammad Zul Fadhli dan Muhammad Afiq, Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman kepada Allah s.w.t. Amin...



"Belajarlah sesuatu yang baik tanpa rasa jemu, tanamkan sifat sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sesungguhnya Allah s.w.t sangat mengetahui segala yang tidak kita ketahui." - Emak.

November 19, 2011

Kalender 2012

kalender ini merupakan kenangan semasa Hari Raya Aidilfitri 2011...

November 18, 2011

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012


Takwim Persekolahan 2012

Takwim Persekolahan 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

takwim persekolahan 2012 

Takwim Persekolahan 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

takwim sekolah 2012

November 07, 2011

Aktiviti Selepas PMR 2011 - Jahit Manik di atas Klip Rambut...

Terima kasih Nadia kerana pinjamkan kamera...jasamu dikenang

Cikgu dengan anak murid... Syamim dan Awwalin..Ingat pelajaran ni tau!

Masing2 menunjukkan hasil kerja yang belum siap..

Sama.... semoga ingat cikgu selalu..


Ini kumpulan cikgu2 Ting 3 yang hebat2 dan rajin2. Setiap tahun kena paksa menjahit..

Tekun dan Usaha tangga kejayaan tau...Nak dapat hadiah buat cantik2.

seronoknya menjahit... senyum2 lagi tu.





Aisyah duduk jauh2 takut orang tiru keje dia.

Hasil kerja Cikgu Liza n Cikgu Rosmah... Murid2 punya ????

Bahan-bahan (manik sejak tahun 2009... tak abis2)

Guru2 yang tak putus asa...

Buat lagi.....

Ada pelawat... nak tengok je..

Murid Ting 5 yang free pun minat nak jahit... sukatilah...

Tudung biru tu bukan Cikgu Ting 3... tapi nak juga join program.


Kak ton dan kak mashitah melepaskan penat melihat telatah Ustazah Hayati..
Terima Kasih kak ton dan kak Masitah kerana selalu membantu saya..


Cikgu Zori : Pengurus rombongan.... tapi cikgu liza tak ikut sebab cikgu zori ni selalu balik malam..
Nak tengok kasil kerja Ustazah Hayati.... cantik tak.

Ok lah tu... janji dapat hadiah..

October 22, 2011

Perkongsian Ilmu : Membina bahan P&P untuk Program Procas ERT Daerah Kuala Langat





Pada 12 Oktober 2011, bertempat di Makmal Komputer SMK Jenjarom, melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu bersama guru-guru ERT daerah Kuala Langat. Membina bahan P&P Program Procas ERT untuk digunapakai pada tahun 2012. Penghargaan ini disampaikan oleh Puan Hajah Foziah binti Haji Mohd Azahari, Pengetua SMK Jenjarom. Semoga aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan guru-guru ERT di daerah ini.



October 09, 2011

Debaran KHB 10/10/11 - PMR 2011


Terasa debaran untuk menduduki peperiksaan PMR bagi MP KHB. Maklumlah esok hari yang ditunggu-tunggu...kannn!
Cikgu doakan murid2 dapat menjawab semua 60 soalan dengan tepat. Bekalan ilmu yang dituntut selama 3 tahun jangan disia-siakan. Buat sehabis baik ye!
Bila cikgu tengok jumlah pengunjung pada malam ni..(09/10/11- Ahad) ..WOW, cukup mengejutkan. Tak pernah rasanya dalam sehari mencecah 600+ ni,, biasanya cuma 100 -200 je,
Terima kasih kerana sudi gunakan blog ni untuk ulangkaji..
Akhir kata,,, cikgu doakan semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti.
USAHA TANGGA KEJAYAAN!  INSYAALLAH

:)

July 27, 2011

Koakademik 2011 (Sesi Petang)

Teknik Menjawab Soalan Objektif

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 


1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
  • Baca kesemua pilihan jawapan.
  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA. Jawab soalan yang mudah  dahulu. Soalan bergambar biasanya soalan yang mudah



2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.
  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.
  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.
  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.
  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.

July 16, 2011

LATIHAN INTERAKTIF UNTUK PMR 2011.

Entri ini ditujukan khas buat Cikgu Siti Maimon serta semua guru dan kaki tangan dari SMK Jengka 2. Semoga lawatan pada 16 Julai 2011, di SMK Telok Datok sentiasa menjadi kenang-kenangan. Terima kasih kerana sudi menziarahi sekolah kami... Saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak sempat mengiringi kepulangan cikgu kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan...

Di sini saya ada menyediakan beberapa bahan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Namun begitu,  bahan ini akan tamat tempoh dalam beberapa hari sahaja kerana perisian Hot Potatoes ini perlu dibeli dan link yang saya berikan ini hanya sebagai "demo" sahaja. Tetapi, cikgu boleh menyimpan semua bahan ini dengan cara :

1. Klik pada "File"
2. "Save Page As"
Bahan ini boleh terus digunakan tanpa perlu capaian internet.

LATIHAN INTERAKTIF UNTUK PMR 2011.

SILA KLIK PADA LINK LATIHAN DI BAWAH:



UNTUK MURID-MURID TINGKATAN 3 ... CUBA JAWAB SOALAN INI DI RUMAH SUPAYA PENCAPAIAN SEMASA UJIAN DI KELAS NANTI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA!

SEMOGA BERJAYA !

July 11, 2011

Apa nak buat...

Petang-petang sebelum masak, best jugak bila melayan blog ni.. segala perkara ingin dicoretkan supaya jadi kenang-kenangan...

Hari ni pergi membuat pemantauan PBS bagi mata pelajaran KHB-ERT di SMK Tanjung Sepat. Seronok juga pg ke sana , melayan radio, tengok laut... baru sampai sekolah.. Pemantauan PBS dilaksanakan dengan baik sekali. Bila dapat pergi ke sekolah orang lain ni, kelebihannya dapat tengok suasana sekolah orang lain, keadaan bengkel dan mungkin boleh ditiru jika ia sesuatu yang baik.. Kesimpulannya, buat pemantauan di sekolah lain memang best.//

Disebabkan pemantauan berjalan dengan lancar, hati pun rasa senang sikit, jadi pergilah ke sekolah sendiri sekejap.. Ingatkan nak balik terus, tapi rasa macam ada perkara nak dibuat.. Kesian pulak tengok anak-anak murid ramai-ramai duduk kat tangga sambil memegang kertas latihan yang saya berikan pagi tadi...

Rupa-rupaya budak-budak ni disuruh  keluar dari kelas...entah nak pergi k emana.. Sebenarnya, bila waktu kemahiran hidup, memang ada dua cikgu dalam satu masa.. Jika salah seorang cikgu tiada, maka cikgu yang satu lagi tu sepatutnya mengawal keseluruhan kelas. Ataupun salah satu cara, guru boleh pergi ke bengkel yang kosong dan mengajar di situ..  

Entahlah... disebabkan rasa tak sampai hati pada murid tersebut, saya pun masuk ke bengkel membawa murid tersebut. Bayangkanlah jika saya tidak ke sekolah pada waktu itu, ke mana agaknya murid-murid saya ni merayau!

:(

MPV akan dimansuh????

Post ni saya copy dari blog : Kemahiran Hidup Bersepadu
Saya jadikan ia sebagai koleksi dalam blog ini untuk di kongsi bersama-sama.


Mata pelajaran vokasional dimansuh mulai tahun depan

Posted on June 27, 2011, Monday

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, semalam.
Katanya berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
Beliau berkata kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini. — Bernama

July 08, 2011

Mari Ulangkaji : e-Test for KHB

Diharapkan bahan ini dapat di "save" dengan segera kerana ia akan tamat tempoh dan tidak lagi boleh digunakan selepas tarikh ini.. 23 JULAI 2011.

Caranya :
1. Klil "File"
2. klik " Save Page As"..

KLIK PADA LINK INI : E-TEST FOR KHB

dan Bahan e-Test for KHB ni boleh terus digunakan tanpa perlu ada internet.

SELAMAT MENCUBA!   BELAJAR DAN MENGAJAR ADA BANYAK CARANYA...
:)

June 29, 2011

Pertandingan Memasak Tertutup Majlis Daerah Kuala Langat pada 28 Jun 2011


Dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian yang tak pernah reda, sempat juga meluangkan masa menjadi juri jemputan sempena Pertandingan Memasak Tertutup MDKL ni. Sebenarnya program ni bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.45 petang.

Seronok juga menghadiri majlis seperti ini. Ada 6 acara masakan kesemuanya dan semuanya sangat menyeronokkan. Hilang rasa tekanan kerja sewaktu berada di sini.. Pengurusan kerja staf yang tersusun menjadikan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya... terima kasih dengan hadiah yang sangat istimewa tu..

:)

June 25, 2011

Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011

PANGKOR 20 - 22 Jun 2011: Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011 telah diadakan di Purnama Beach Resort, Pangkor Perak Darul Ridzuan. Kursus ini disertai oleh barisan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan barisan pentadbir baharu sekolah menengah dan rendah Daerah Kuala Langat.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Diharapkan agar kursus yang dijalankan adalah untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada pentadbir baharu tentang pentadbiran sekolah seterusnya mewujudkan peningkatan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

* gambar-gambar dan petikan diatas diambil dari laman web PPD Kuala Langat

Pada 16 Jun 2011, lantikan saya kepada GKMP Teknik & Vokasional baru menggantikan Puan Noriza Awang yang telah mendapat kenaikan DG48 melalui Tingkatan 6. Semoga tanggungjawab ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya serta mendapat kerjasama dari semua pihak khususnya panitia-panitia di bawah bidang Teknik & Vokasional.

Terima Kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...