Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang memberi faedah kepada orang lain
3. Anak-anak soleh yang berdoa untuknya
."

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

August 05, 2008

Gubahan Gula-gula



Sempena Minggu ko akademik pada penghujung bulan Ogos ini, Bidang Teknik dan Vokasional menganjurkan Pertandingan Gubahan Gula-gula. Semua pelajar SMK Telok Datok dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sila lihat tentatif program yang telah ditampal di kelas-kelas anda.

2 comments:

princess from secret rendezvous said...

nak cekelat balang beso jugak tau... fererro rocher! hehehehe

Cikgu Liza said...

berminat? Sila daftarkan diri anda. Jangan nak mintak cekelat orang je.