TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

August 09, 2008

Soalan Ramalan KHB (PMR)


SOALAN RAMALAN KHB

Jawab semua soalan :

1 Langkah pertama dalam mereka cipta adalah
A mencari bahan
B mengumpul data
C membuat perbincangan
D mengenal pasti masalah

2 Maklumat dan data dapat dikumpulkan melalui
I soal selidik
II pemerhatian
III lawatan ke pameran
IV membaca buku-buku rujukan
A I dan II C I, II dan III
B I dan III D I, II, III dan IV

3 Kebaikan menyediakan jadual kerja adalah
A pelaksanaan dapat dikawal
B masa pencetusan idea dijimat
C kos penggunaan bahan dijimat
D projek dapat diurus dengan cepat

4 Apakah tujuan utama pengiraan kos ?
I Mengurangkan jumlah kos sampingan
II Menentukan harga produk untuk tujuan pasaran
III Mengetahui jumlah kos pengeluaran sesebuah produk
IV Menentukan kos pengeluaran tidak melebihi had yang ditentukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

5 Antara berikut yang manakah bukan alatan untuk menanda ?
A Pita ukur
B Jangka lukis
C Pisau penanda
D Tolok penanda

6 Antara berikut, mesin yang manakah sesuai untuk kerja memotong lengkungan pada papan lapis?
A Mesin sander
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi mudah alih
D Mesin cordless screw driver

7 Tujuan persembahan projek ialah menerangkan perkara tentang
I kos produk
II kelemahan projek
III jenis bahan yang digunakan
IV ciri dan keistimewaan projek
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Alat yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga sawat ialah
A janakuasa C cerek elektrik
B motor D seterika elektrik

9 Gegelung angker yang terdapat pada motor arus terus berfungsi sebagai
A electromagnet C pembentuk kutub
B penukartertib D magnet kekal

10 Motor arus terus (DC) boleh didapati pada
I kereta mainan
II motor penghidup kereta
III mesin pencanai
IV mesin gerudi tangan
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

Selamat Ulangkaji...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...