Sains Rumah Tangga merupakan satu bidang yang membekalkan pengatahuan dan kemahiran bagi meninggikan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
Bidang ini dapat melahirkan individu yang seimbang, berdikari, berketrampilan, peka kepada kemajuan teknologi dan ekonomi semasa serta mampu memberi sumbangan bagi mewujudkan keharmonian keluarga dan masyarakat.
Ia dapat dicapai melalui penerokaan dalam bidang makanan, pakaian, tempat kediaman, keluarga dan hidup bermasyarakat.
Objektif
- Memahami kehidupan manusia yang sentiasa berubah dari segi fizikal, sosial, emosi, intelek dan keperluan estetika.
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran bagi tujuan organisasi dan pengurusan sesuai dengan keperluan dan corak hidup
- Menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi
- Menggunakan pengetahuan untuk peningkatan kesejahteraan diri dan keluarga
- Peka kepada nilai hidup yang berkualiti
No comments:
Post a Comment