TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

November 27, 2008

Blueberry Cheese Tart - Kaedah Gaul dan Ramas

Tajuk : Kaedah membuat biskut dan kek

Hasil Pembelajaran :
Pelajar dapat mengetahui jenis pastri yang dapat dihasilkan dari kaedah gaul dan ramas.
  • Antara jenis biskut dan kek yang dihasilkan daripada kaedah gaul dan ramas (rujuk blog archive bulan Ogos 2008) ialah biskut kacang dan ban batu karang. Resepi ini adalah contoh pastri yang dihasilkan dari kaedah yang sama.
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Doh pastri

250gm marjerin
80gm gula aising
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila


Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g marjerin
1 biji telur
Blueberry filling secukupnya


Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan pastri dan uli sehingga menjadi doh.

2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.

3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.


4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan marjerin sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.

6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.
Inilah rupa blueberry cheese tart comel yang telah siap...
SELAMAT MENCUBA !
Jika ada sebarang pertanyaan, sila tulis dibahagian comment...

November 09, 2008

Afiq - Graduation Day (8 Nov 2008)

Semoga Afiq menjadi anak yang soleh... Selamat Maju Jaya Anakku...


August 24, 2008

Kesihatan dan Anda : Cacar Air

Langkah untuk menangani penyakit ini sekiranya anda mengalaminya pada usia 12 tahun ke atas.

NAMA PENYAKIT
Cacar Air

DEFINISI
Cacar Air (Varisela, Chickenpox) adalah suatu penyakit-berjangkiT yang menyebabkan ruam kulit iaitu sekumpulan bintik-bintik kecil yang rata atau timbul, lepuhan berisi cairan serta keruping, yang menimbulkan rasa gatal.

PENYEBAB
Penyebabnya adalah virus varicella-zoster.
Virus ini disebarkan melalui percikan air liur pesakit atau melalui sentuhan oleh cairan dari lepuhan kulit.
Pesakit mula menyebarkan penyakitnya bermula dari timbulnya gejala sampai lepuhan yang terakhir telah mengering. Oleh itu, untuk mencegah jangkitan, sebaiknya pesakit dikuarantinkan (diasingkan).

Jika seseorang pernah menderita cacar air, maka dia akan memiliki daya imun dan tidak akan menderita cacar air lagi. Tetapi yang merisaukan ialah, virusnya akan tertidur di dalam tubuh manusia, dan kadang kala menjadi aktif kembali dan menyebabkan herpes zoster iaitu sejenis ruam (kayap) yang akan menyerang sebahagian badan sahaja.

GEJALA
Gejalanya mulai timbul dalam waktu 10-21 hari setelah terinfeksi.
Pada kanak-kanak yang berusia diatas 10 tahun, gejala awalnya berupa sakit kepala, demam sedang dan rasa tidak sedap badan. Gejala tersebut biasanya tidak dialami oleh kanak-kanak yang lebih muda, gejala pada dewasa biasanya lebih berat.

24-36 jam setelah timbulnya gejala awal, muncul bintik-bintik merah rata (makula). Kemudian bintik tersebut menonjol (papula), membentuk lepuhan berisi cairan (vesikel) yang terasa gatal, yang akhirnya akan mengering. Proses ini memakan waktu selama 6-8 jam. Selanjutnya akan terbentuk bintik-bintik dan lepuhan yang baru.
Pada hari kelima, biasanya sudah tidak terbentuk lagi lepuhan yang baru, seluruh lepuhan akan mengering pada hari keenam dan menghilang dalam waktu kurang dari 20 hari.

Papula di wajah dan lengan lebih sedikit; biasanya banyak terdapat pada tubuh badan bahagian atas (dada, punggung, bahu). Bintik-bintik juga banyak sering terdapat di kulit kepala.
Papula di mulut cepat pecah dan membentuk luka terbuka (ulkus), yang seringkali menyebabkan gangguan menelan. Ulkus juga terdapat di kelopak mata, saluran pernafasan bahagian atas, rektum dan vagina.
Papula pada pita suara dan saluran pernafasan atas kadang kala menyebabkan gangguan pernafasan.

Kadang kala terjadi pembengkakan di bahagian kelenjar di leher.

Cacar air jarang menyebabkan pembentukan parut, jika ada, ia hanya berupa lekukan kecil sahaja.
Luka cacar air bisa terinfeksi akibat garukan dan biasanya disebabkan oleh stafilokokus.

KOMPLIKASIKanak-kanak biasanya sembuh dari cacar air tanpa masalah. Tetapi pada orang dewasa maupun pesakit yang mempunyai daya imun yang lemah, infeksi ini agak merbahaya.

Antara komplikasi yang biasa terjadi pada pesakit cacar air ialah:
- Pneumonia
- Peradangan jantung
- Peradangan sendi
- Peradangan hati
- Infeksi bakteria (erisipelas, pioderma, impetigo bulosa)
- Ensefalitis (infeksi otak).

TANDA-TANDA
Tanda-tanda penyakit cacar air biasanya berdasarkan kepada ruam kulit yang khas (makula, papula, vesikel dan keruping).

RAWATAN
Untuk mengurangi rasa gatal, sebaiknya kulit didedahkan kepada keadaan yang selesa dan nayaman. Selain itu, boleh disapukan losyen calamine, antihistamin atau losyen lainnya yang mengandung mentol atau fenol.

Untuk mengurangkan risiko terjadinya jangkitan bakteria, sebaiknya:
- kulit selalu dicuci dengan air dan sabun
- menjaga kebersihan tangan
- kuku dipotong pendek
- pakaian tetap kering dan bersih.

Untuk mengurangkan rasa gatal ambil sebiji piriton dua kali sehari
Jika terjadi jangkian bakteria, diberikan antibiotik.
Jika keadaan yang agak tenat, boleh diberikan ubat anti-virus asiklovir.

Untuk menurunkan demam, sebaiknya gunakan paracetamol.
Ubat anti-virus boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun. Asiklovir biasanya diberikan kepada remajaatau dewasa, kerana pada waktu ini, penyakit ini lebih berat. Asiklovir diberikan dalam waktu 24 jam setelah munculnya ruam yang pertama.
Ubat anti-virus lain adalah seperti vidarabin.

PENCEGAHAN
Untuk mencegah cacar air, biasanya diberikan vaksin.
Bagi yang belum pernah mendapatkan vaksin cacar air dan memiliki risiko tinggi mengalami komplikasi (misalnya penderita gangguan sistem kekebalan), boleh diberikan immunoglobulin zoster atau immunoglobulin varicella-zoster.

Vaksin varisela biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 12-18 bulan.

August 20, 2008

Soalan Ramalan Elektif ERT (1)

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya

 Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya..
Nikmati pendapatan automatik, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..!  


Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 
 ******************

 SOALAN KHB YANG LAIN...


1 Makanan bekal diperlukan oleh
I pesakit
II vegetarian
III orang yang berkelah
IV murid sekolah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

2 Antara jenis makanan berikut yang manakah sesuai dibawa sebagai bekalan?
I Makanan yang kering yang mudah dibawa
II Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat
III Makanan yang tahan cuaca panas
IV Makanan yang mudah dibawa, tidak pecah dan hancur apabila dibawa
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

3 Makanan-makanan bekal terdiri daripada
A buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
B minuman sejuk sahaja
C makanan kering yang mudah dibawa
D makanan yang seimbang

4 Apakah peraturan-peraturan apabila menyediakan makanan bekal?
I Cuci semua sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diisikan dalam beg politena
II Bekalkan makanan yang hendak dimakan dahulu di atas
III Makanan yang dibungkus mestilah tidak mudah pecah, mudah dibungkus,dipegang
dan dimakan
III makanan mestilah seimbang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

5 Anda dikehendaki menyediakan hidangan makan malam seperti menu di bawah.
Antara berikut, susunan yang manakah betul untuk memasah hidangan tersebut?
MENU
I Nasi putih
II Kari daging
III Sayur kacang buncis goreng
IV Jus tembikai

A III, IV, I, II
B II, I, IV, III
C IV, II, I, III
D III, I, II, IV

6 Antara berikut, yang manakah merupakan hidangan sepinggan lengkap?
I Nasi goreng
II Makaroni bakar
III Nasi tomato
IV Nasi ayam
A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


MENU
Nasi putih
Kari sotong
Jus guava
Agar-agar

7 Apakah jenis makanan yang boleh ditambah untuk menjadikan menu di atas seimbang?
A Air mineral
B Mihun goreng
C Kerabu mangga
D Kastard karamel

8 Yang manakah sajian yang harus disediakan paling dahulu?
A Nasi putih
B Sambal udang
C Salad buah-buahan
D Tauhu sumbat

9 Persiapan meja dengan alatan yang lengkap dan susun atur yang betul dikenali sebagai
A kutleri
B resepi
C menu
D peranggu meja

10 Hidangan makan tengahari dan makan malam terdiri daripada makanan berikut kecuali
A makanan yang mengenyangkan
B makanan yang mengalas perut
C masakan utama yang berprotein
D masakan sayur-sayuran

August 14, 2008

Tingkatan 3 - Biskut Kacang (Kaedah Gaul dan Ramas)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat menyediakan biskut kacang kaedah gaul dan ramas dengan betul






Selamat Belajar...

August 12, 2008

Tingkatan 3 - Ban Batu Karang (Kaedah Gaul dan Ramas)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah menyediakan ban batu karang dengan kaedah gaul dan ramas.

Berikut merupakan langkah menyediakannya :



Selamat Belajar...

August 09, 2008

Tingkatan 3 - Membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek (Tingkatan 3)
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat mempelajari kaedah membuat Kek Bahulu Gulung dengan kaedah enjut dengan betul.

Dalam Kaedah Membuat Kek Dan Biskut, Pelajar mempelajari 3 Kaedah iaitu :
  • Kaedah Putar (Contohnya : Biskut Badam, Kek Coklat)
  • Kaedah Gaul dan Ramas (Contohnya : Kek Bantal, Ban Batu Karang)
  • Kaedah Enjut (Contohnya : Bahulu serta variasinya)

Berikut ialah langkah-langkah membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut) :







Selamat Belajar...

Soalan Ramalan KHB (PMR)


SOALAN RAMALAN KHB

Jawab semua soalan :

1 Langkah pertama dalam mereka cipta adalah
A mencari bahan
B mengumpul data
C membuat perbincangan
D mengenal pasti masalah

2 Maklumat dan data dapat dikumpulkan melalui
I soal selidik
II pemerhatian
III lawatan ke pameran
IV membaca buku-buku rujukan
A I dan II C I, II dan III
B I dan III D I, II, III dan IV

3 Kebaikan menyediakan jadual kerja adalah
A pelaksanaan dapat dikawal
B masa pencetusan idea dijimat
C kos penggunaan bahan dijimat
D projek dapat diurus dengan cepat

4 Apakah tujuan utama pengiraan kos ?
I Mengurangkan jumlah kos sampingan
II Menentukan harga produk untuk tujuan pasaran
III Mengetahui jumlah kos pengeluaran sesebuah produk
IV Menentukan kos pengeluaran tidak melebihi had yang ditentukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

5 Antara berikut yang manakah bukan alatan untuk menanda ?
A Pita ukur
B Jangka lukis
C Pisau penanda
D Tolok penanda

6 Antara berikut, mesin yang manakah sesuai untuk kerja memotong lengkungan pada papan lapis?
A Mesin sander
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi mudah alih
D Mesin cordless screw driver

7 Tujuan persembahan projek ialah menerangkan perkara tentang
I kos produk
II kelemahan projek
III jenis bahan yang digunakan
IV ciri dan keistimewaan projek
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Alat yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga sawat ialah
A janakuasa C cerek elektrik
B motor D seterika elektrik

9 Gegelung angker yang terdapat pada motor arus terus berfungsi sebagai
A electromagnet C pembentuk kutub
B penukartertib D magnet kekal

10 Motor arus terus (DC) boleh didapati pada
I kereta mainan
II motor penghidup kereta
III mesin pencanai
IV mesin gerudi tangan
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

Selamat Ulangkaji...

Menghias Kek Sempena Bulan Kemerdekaan

Lagi aktiviti menarik sempena Minggu koakademik....

Sempena Bulan Kemerdekaan, Bidang Teknik & Vokasional menganjurkan pertandingan Menghias Mini Kek. Pelajar yang berminat, sila berikan nama kepada Cikgu Norliza sebelum 15 Ogos 2008. Penyertaan adalah terhad.

August 07, 2008

Pakaian

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN 1

LANGKAH 1
Mengenali Bentuk Muka
  • Tidak semua wanita mempunyai bentuk wajah seperti Lady Diana atau Siti Nurhaliza. Ia boleh diilusikan dengan potongan rambut juga potongan garis leher. Adakalanya kolar boleh memanjangkan muka yang bulat atau memendekkan leher jinjang.

  • Garisan leher dan kolar terletak di pusat fokus pada wajah. Anda harus megetahui bentuk wajah anda sendiri bagi membantu mereka pakaian. Ilusi berikut mungkin membantu menyelesaikan masalah anda.
Garisan Leher dan Bentuk Muka
  1. Garisan leher dan kolar memberikan ilusi pada mata kasar untuk wajah yang bujur, bulat, bersegi dan tajam.
  2. Wajah bentuk bulat sesuai memakai garisan bentuk U supaya ia nampak memanjang.

  3. Wajah bentuk bujur sesuai untuk jenis fesyen seolah-olah ia bentuk sempurna.
  4. Wajah bentuk tajam dan memanjang sesuai dengan leher pendek dan bulat hanya pada kawasan leher sahaja. Jangan terlalu terdedah kerana ia akan memanjangkan lagi bentuk wajah.

  5. Wajah bentuk bersegi sesuai dengan garisan leher V untuk ia lebih tajam dan panjang.

  6. Leher pendek tidak sesuai menggunakan garis leher high mandarin.

  7. Leher panjang pula amat sesuai menggunakan kolar tinggi dan mandarin.

  8. Wajah bulat, lebar dan leher pendek boleh menggunakan garisan leher seperti boat, segi empat dan bentuk V memanjang.

    Cuba anda lihat di cermin, ikat rambut ke belakang dan kenalpasti yang mana satukah wajah anda....

Heart (hati)

Oblong (bujur panjang)

Pear (buah pear)

Diamond (intan/berlian)

Ikuti siri pembelajaran cara membuat pakaian yang seterusnya pada waktu yang lain...

August 05, 2008

Gubahan Gula-gula



Sempena Minggu ko akademik pada penghujung bulan Ogos ini, Bidang Teknik dan Vokasional menganjurkan Pertandingan Gubahan Gula-gula. Semua pelajar SMK Telok Datok dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sila lihat tentatif program yang telah ditampal di kelas-kelas anda.

Laman Web

Layari laman web berikut untuk mendapatkan resepi :

  1. http://resepi.mesra.net/
  2. http://www.nestle.com.my/

August 04, 2008

Tingkatan 3 - Membuat Pembungkus Biskut dan Kek

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek (Tingkatan 3)
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat membuat pembungkus biskut dan kek dengan betul.
Berikut merupakan langkah-langkah membuat pembungkus Biskut dan Kek.


SELAMAT MENCUBA.




August 02, 2008

Tingkatan 3 - Kek Coklat (Kaedah Putar)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah menyediakan kek coklat kaedah gaul dan ramas dengan betul.
Berikut merupakan kaedah menyediakannya :
Bahan-bahan :
250g mentega
200g tepung gandum
50g serbuk coklat
250g gula
5 biji telur ayam
1 sudu serbuk penaik
1 camca esen vanila
  • Jika ingin membuat kek oren atau lain-lain, tukar tepung gandum kepada 250g.
  • Nisbah setiap sukatan mentega, tepung, telur dan gula ialah 1 : 1.
Langkah-langkah membuatnya : Selamat Mencuba !




Salam Pengenalan


Sains Rumah Tangga merupakan satu bidang yang membekalkan pengatahuan dan kemahiran bagi meninggikan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.

Bidang ini dapat melahirkan individu yang seimbang, berdikari, berketrampilan, peka kepada kemajuan teknologi dan ekonomi semasa serta mampu memberi sumbangan bagi mewujudkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

Ia dapat dicapai melalui penerokaan dalam bidang makanan, pakaian, tempat kediaman, keluarga dan hidup bermasyarakat.

Objektif

  • Memahami kehidupan manusia yang sentiasa berubah dari segi fizikal, sosial, emosi, intelek dan keperluan estetika.
  • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran bagi tujuan organisasi dan pengurusan sesuai dengan keperluan dan corak hidup
  • Menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi
  • Menggunakan pengetahuan untuk peningkatan kesejahteraan diri dan keluarga
  • Peka kepada nilai hidup yang berkualiti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...